Interview? Takutnya!!!


FUH! Kalau tengokkan tajuk dekat atas, mana mana fresh grad mesti ketar lutut kan?

Hahaha. Jangan risau. Semua orang pun mengalami pengalaman yang sama masa mula-mula habis belajar dulu. Tapi, temuduga atau dalam bahasa upper level adalah INTERVIEW, memang perkara yang sangat normal untuk semua yang dah habis belajar. 




So, memandangkan esok ada Career Fair di KLCC, makanya Jiha nak berkongsi serba sedikit pengalaman temuduga. Dan mungkin beberapa tips! yang boleh anda cuba untuk esok? 

Ayuh!!!

Ok! Mula-mula sekali bila kita dengar perkataan TEMUDUGA, apa yang kita akan fikirkan? 




BETUL!!! RESUME!

Tahukah anda, resume yang power sebenarnya adalah key point kepada keseluruhannya? Dan sebenarnya, surat sokongan atau dalam nama lain "COVER LETTER" juga memainkan peranan penting bila awak hantar resume. 

Ya saya tahu awak semua tak tahu pasal ni. Tak pe. Kita sama-sama share ok?

Resume yang baik adalah resume yang mengandungi:


  1. Pengalaman pekerjaan anda - Senaraikan pengalaman yang anda ada
  2. Menggunakan angka / kuantiti - Huraikan pengalaman anda didalam bentuk angka / kuantiti. sebagai contoh: berjaya meningkatkan jualan syarikan ABC sebanyak 30% dari tahun 2014.
  3. Kata kunci - Gunakan kata kunci yang menarik untuk menarik perhatian si pembaca
  4. Mengarut! - JANGAN masukkan info yang tidak penting atau MENGARUT sebab awak akan bazirkan masa si pembaca dan menyebabkan dia TIDAK BERMINAT.
Selepas awak dah siap buat resume yang POWER, awak mesti nak email kan resume tu dekat syarikat pilihan awak. Betul?

TUNGGU! Jangan main hantar je! Sabar!!

Untuk menarik perhatian pihak yang terlibat nanti, awak kena ada 1 cover letter yang menarik! BOOM! kena buat cover letter pulak...Betul! Cover letter memang penting. Bayangkan, awak hantar SMS nak mintak mak awak duit. Awak akan gunakan ayat yang manisssss sebab ye la, nak minta duit kan? Awak akan cakap "kehadapan ibunda ku tersayang yang cantik manis lagi tertarik!". Itu! Dengan harapan mak awak akan terus masukkan RM1000 tanpa banyak soal. Betul? 



Macam itu juga bila awak ingin memohon pekerjaan. Sebelum awak send email kepada mana-mana majikan, awak MESTI ada cover letter. Dalam cover letter tu, awak kena greet si pembaca. Kalau awak tak tahu status atau nama orang tu, maybe awak boleh simply tulis:

"Dear Sir/Miss"  atau "Attention: To whom it may concern"

Mana-mana pun boleh. Asalkan sopan. Dan seterusnya, awak mulakan dengan nama awak, kemudian bagi tahu sikit dari mana awak dapat tahu pasal vacancy tu and seterusnya story la serba sikit pasal awak. Last sekali, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada si pembaca sebab dah amik masa dia baca resume awak. Lepas tu cakap la juga yang awak berharap agar pihak si pembaca akan mempertimbangkan permohonan awak. Macam tu. Dalam erti kata lain, cover letter ni macam, first impression awak kepada si pembaca

Kemudian, bila awak dan send email tu, jangan lupa! baca la serba sedikit mengenai syarikat yang awak hantar resume tu. Mana tahu esok lusa dia panggil interview? Awak dah tak kalut nak membaca lagi, nak fikir pakai baju apa lagi? kan? Buat kajian mengenai syarikat yang awak pilih. Siapa tahu, dia mungkin akan tanya:

"Jadi, apa yang awak tahu mengenai syarikat ini?"  @ "Kenapa saya kena ambil awak bekerja?"



Nampak? Soalan macam ni nampak mudah ya. Tapi bila awak tak boleh nak "goreng", itu menampakkan betapa awak sendiri tak tahu kenapa dan kepada siapa awak send resume awak. 

Kemudian, sehari sebelum nak pergi untuk temuduga tu kalau boleh dah siap-siap fikir lah nak pakai apa. Esok tak adalah awak kelam kabut nak cari baju lagi, nak gosok lagi. Lakukan segala persiapan sedari awal. Etika pemakaian adalah yang paling penting sebenarnya, sebab ada je yang pergi ke temuduga pakai "asal boleh". So, jom tengok baju apa yang awak boleh & tak boleh pakai. 




 Ini adalah pakaian yang sesuai untuk kaum lelaki & perempuan. Pandai-pandai lah awak nak mix and match asalkan sopan dan nampak professional





Bawah ni ada lagi contoh pakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga 





Manakala yang bawah ni adalah jenis pakaian yang TIDAK sesuai untuk menghadiri sesi temuduga.

Jadi, anda dah tahu kan apa yang PERLU dan TIDAK PERLU anda lakukan?

Sebenarnya mudah je. Cuma awak perlu PEKA dengan apa yang awak buat, apa yang awak pakai, dan apa yang awak katakan. Sebab semua tu memainkan peranan penting bila awak nak pergi interview. Anyway, tips ni bukan untuk fresh grad je. Untuk yang dah lama ada pengalaman bekerja tapi masih tak tahu apa perlu di buat pun boleh guna. 

Sebenarnya ada banyak lagi tips sambungan. Tapi, kita sambung esok ok? 

Dah! Pergi siapkan resume dengan cover letter untuk Career Fair esok. Print siap-siap resume tu sebanyak yang boleh. Cover letter pun attach kan terus dalam sampul yang ada resume. Nanti dekat sana awak just drop je sampul tu. Ok?

So, GOOD LUCK GUYS!! Malam ni tidur awal ok? InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar.

Jumpa anda semua di Career Fair esok!

Photo Credit: Google