#SelamatMalamMAS




Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia Airlines kini telah beralih dari Malaysia Airlines Service kepada Malaysia Airlines Berhad setelah mengalami proses "rebranding". 

MAB telah menerima Sijil Pengendalian Udara (AOC) pada hari Jumaat selepas beberapa bulan mengalami proses audit, termasuklah dari segi kelayakan operasi, penyelenggaraan pesawat dan peraturan pematuhan. 

Dipetik dari kenyataan Astro Awani, kempen #todayishere adalah sebuah langkah awal dari MAB untuk memperkenalkan jenama baru syarikat berkenaan. Kempen berkenaan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para netizen di media sosial dan berjaya menduduki senarai 'trending' di Twitter pada hari isnin lalu (31 Ogos 2015). 


Christopher Mueller, CEO MAB, adalah yang terawal tiba pada pagi ini bagi mengalu-alukan kedatangan kakitangan MAB serta memberikan beberapa kejutan menarik kepada kakitangan MAB. Kehadiran beliau turut mengalu-aluan titik permulaan penerbangan pertama MAB pada hari ini. 

Harapan daripada rakyat Malaysia adalah dengan 'kelahiran semula' Malaysia Airlines, berjaya menjadi permulaan baru bagi era penerbangan Malaysia. 

Kepada anda yang ingin mengalu-alukan kehadiran MAB, jangan lupa hashtagkan post anda dengan #todayishere dan bersama-sama kita mendoakan agar Malaysia Airlines akan terus maju dibawah pengurusan baru. 

All the best Malaysia Airlines!




News Credit : Malaysian Digest

Photo Credit: Google