16th International Anti-Corruption conference






Pada hari ini, telah berlangsung majlis pembukaan IACC atau International Anti-Corruption Conference yang berlangsung di PICC, Putrajaya. Lebih daripada 1,000 telah menghadirkan diri ke persidangan tersebut. Malaysia, selaku tuan rumah pada tahun ini amat berbesar hati dengan kehadiran para tetamu dari dalam dan juga luar negara. 




Akere Muna, Ahli Lembaga IACC, telah memberikan ucapan alu-aluan kepada para tetamu yang hadir. Menurut beliau, sepanjang penubuhan IACC, mereka telah menerima banyak permintaan daripada rakyat dan juga syarikat besar didalam langkah menangani gejala penyalahgunaan kuasa/korupsi. 


(Akere Muna - Chair of the IACC Council)

Didalam perbahasan yang akan berlangsung selama 3 hari ini ( 2 September - 4 September), penekanan akan dilakukan daripada 3 penjuru iaitu, dari sudut awam, sektor swasta, dan juga masyarakat awam. Menurut Akere Muna lagi, dengan adanya jawapan-jawapan serta pandangan daripada pelbagai sudut sepanjang persidangan ini dapat menjadi titik permulaan kepada seluruh dunia untuk mewujudkan kesedaran kearah 'akibat buruk' sesebuah rasuah. 




Untuk mereka yang tidak dapat menyertai persidangan antarabangsa tersebut, anda boleh menonton secara live proses persidangan yang berlangsung di lamansesawang rasmi IACC. Selain daripada itu, anda juga boleh mengemukakan pandangan anda atau gambar berkaitan melalui laman twitter peribadi dengan menggunakan hashtag #16IACC

Ayuh bersama sama kita menuju kearah negara yang bersih dan bebas RASUAH. Kita berhak bersuara dan anda adalah generasi hadapan yang perlu dididik dengan pemahaman yang mendalam mengenai padahnya sesebuah negara dengan rasuah. 


Ayuh ikuti beberapa sorotan gambar sepanjang hari pertama IACC. 












Photo Credit: International Anti-Corruption Conference & IACC Official Twitter