Matta Fair Kuala Lumpur




YEY!

Ini adalah yang di tunggu-tunggu oleh para pengembara dunia!

MATTA Fair kini sedang berlangsung di PWTC sehingga hari ahad ini sahaja! Terdapat banyak pakej pakej menarik dari dalam dan luar negara. 

Setiap bahagian telah di khususkan mengikut negeri-negeri dan anda pasti takkan terlepas promosi menarik sepanjang 3 hari bermula dari hari ini. Paling menarik adalah, Malindo & Malaysia Airlines turut membuka kaunter untuk jualan tiket di MATTA Fair Kuala Lumpur dan salute kepada MAB, masih mempunyai peminat mereka yang tersendiri. 

Untuk mereka yang ingin berkunjung ke MATTA Fair, saya sarankan anda untuk menggunakan pengangkutan awam . Bukan sahaja lebih mudah malah lebih jimat kerana kos tempat letak kereta di PWTC adalah, mahal dan sentiasa penuh. Begitu juga dengan tempat parkir kereta di dalam bangunan Hentian Putra. Tiket masuk ke MATTA Fair hanya RM4 dan terdapat 3 ruang yang boleh anda lawati. 

*disarankan supaya tidak membawa anak kecil kerana terlalu ramai pengunjung serta, elakkan diri anda daripada menggunakan kasut tumit tinggi semasa berkunjung ke MATTA Fair*

Di bawah ini adalah pelan lokasi MATTA Fair yang boleh anda rujuk bagi kemudahan anda. Selamat Bercuti!