#TanyaGomen with YB Khairy Jamaluddin

Semalam, telah berlangsungnya sebuah sesi santai bersama Menteri berjiwa muda, YB Khairy Jamaluddin dalam dalam #TanyaGomen yang telah bertempat di Menara CIMB, KL Sentral bermula dari jam 5 petang sehingga 6 petang. Sesi selama 1 jam itu telah menarik ramai penonton untuk hadir dan mendengar sendiri isu semasa mengenai "Ganerasi Hipster Terlalu Manja Untuk Bersukan?"



Di awal perbincangan, YB telah mengupak mengenai isu 10-0 di antara Saudi Arabia dan juga Malaysia yang sekaligus telah mencetuskan kemarahan dari penyokong bola sepak tempatan. Menurut belaiau, ini adalah 1 simptom yang dihadapi oleh pasukan bola sepak negara sekaligus melahirkan kekecewaan beliau dengan menyatakan keputusan perlawanan tersebut adalah sangat memalukan. Tambahan beliau, tiada sebarang kerahan akan dilakukan kepada pemain senior kerana merasakan bahawa itu adalah tahap tertinggi yang mampu dicapai oleh skuad kebangsaan. 



Selain daripada itu, pihak pengacara turut meminta YB untuk mengupas mengenai isu yang telah berlaku di Stadium Shah Alam pada hari Selasa yang lalu. Menurut beliau "tindakan para peminat adalah tindakan yang melanggar peraturan perlawanan dan juga merbahaya. Pada saya, FAM turut bersalah kerana gagal mengawal para penonton." Tambahan beliau lagi, "ini bukan adalah refleksi rakyat. Ini adalah refleksi peminat bola sepak"


("Mogok" oleh para peminat bola sepak kepada FAM dengan membaling suar dan mercun)

Usai perbincangan tersebut, sesi perbincangan santai ini mengupas mengenai pembangunan sukan di Malaysia. Menurut YB, pihak pengurusan memerlukan tapat penyertaan yang lebih besar dan lebih banyak pembangunan bagi kemudahan anak muda dilakukan bukan sahaja di dalam kawasan bandar, bahkan di kawasan luar bandar untuk menarik lebih banyak anak muda untuk menyertai aktiviti sukan di masa lapang. Indeks Belia Malaysia turut digunakan bagi mengukur tahap sukan di kalangan belia. Menurut rekod semasa, kurang dari 60% remaja di Malaysia menghabiskan masa lapang mereka dengan beriadah. Sebaliknya, mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan melayari lamanweb. Menurut YB Khairy Jamaluddin lagi, tahap kecemerlangan akademik di Malaysia memaksa pelajar untuk lebih fokus didalam bidang akademik berbanding bidang sukan. Budaya sukan yang semakin pupus juga adalah faktor daripada kurang desakan atau sokongan daripada keluarga dan ibubapa. 





Sebuah Program Pembangunan Sukan telah dilancarkan awal petang semalam dengan membincangan isu isu mengenai pelapis sukan negara. Pihak KBS mahu menghidupkan kerjasama dengan pelbagai pihak sukan didalam mencari pelapis-pelapis muda di pelbagai peringkat termasuk peringkat sekolah. 





Terdapat pelbagai soalan diajukan mengenai status politik dan sukan, namun jawab YB Khairy Jamaluddin adalah, " semua persatuan sukan adalah persatuan yang di pilih. Menteri KBS tiada kuasa untuk pilih dan lantik posisi dalam FAM. Ya, saya memang dapat banyak aduan dan permintaan daripada peminat bolasepak untuk bubarkan FAM tapi itu adalah di luar bidang kuasa saya". Tambahan beliau lagi, "peminat boleh suarakan pendapat anda kepada persatuan negeri untuk sebarang bantahan atau perubahan di peringkat yang lebih tinggi"






Sebelum mengakhiri sesi perbincangan #TanyaGomen bersama YB Khairy Jamaluddin, beliau turut menegaskan bahawa pembangunan sukan banyak bergantung kepada negara. Budaya bersukan tidak boleh di bezakan atau dipisahkan daripada apa yang berlaku di setiap peringkat. Tambahan beliau lagi, tapak penyertaan perlulah diperluaskan agar kita dapat meningkatkan prestasi sukan negara ke peringkat yang lebih baik.






Untuk video penuh atau info terkini mengenai sesi sembang santai #TanyaGomen, sila layari lamanweb Kopiam Ekonomi






Photo Credit: Fawwaz Azuar