Trip to Sungai Chilling

Well Spend!!!

Itulah yang dapat saya cakap dalam 1 ayat. 

Rabu lepas, kami plan pergi Kuala Kubu Bharu sebab, yes, cuti sempena hari Malaysia. So sebab tak nak bosan dekat rumah, kami plan secara mengejut untuk ke sungai chiling. 

Sungai Chiling ni terletak di Kuala Kubu Bharu. So kalau dari KL mengambil masa selama 1 jam 45 minit juga lah. Kami bergerak menuju kearah Kuala Kubu Bharu dengan 2 buah kereta. In total ada 7 orang semuanya. It was really fun tapi penat sikit sebab lama dalam kereta. Bila sampai dekat sana, kena mendaki selama lebih kurang 40 minit sebelum sampai ke puncak. Another long journey to go lah kiranya. Dengan tak ada bekalan apa apa, kami main redah je semua sebab kami nak rasa momento yang 'mengejut'. Oh! before terlupa. Nak masuk kena bayar RM1 ok! siap ada cukai untuk mereka yang bawa naik plastik. 1 item = RM3. Tapi mereka akan pulangkan duit anda selepas anda turun dengan syarat anda bawa turun kembalikan kesemua item yang tersenarai. 

Oh ya! Tempat ini hanya di bukan pada hari Sabtu dan Jumaat serta Cuti Umum. Mula di buka pada jam 8.30 pagi sehingga 6 petang. 


(di sini lah semua orang akan berkumpul sebelum memulakan perjalanan ke atas)

So kalau anda nak kesini, sila pastikan anda memakai pakaian yang sesuai sebab anda kena redah 4-5 anak sungai dengan arus yang kuat sebelum anda sapai ke puncak. Heels adalah tidak di galakkan. Jeans dan baju kemeja pun tak di galakkan sebab anda mungkin tak akan selesa nanti. Adalah lebih baik untuk anda memakai seluar track / kasut bertutup sebab kita bukan tahu apa ada dalam hutan tu. kan? Jadi, precaution is better than cure. 

Untuk awak yang teringin nak tengok macam mana suasana sepanjang perjalanan naik dan turun, boleh tengok video yang saya dah upload ni. Jangan risau, makanan boleh dibawa sehingga keatas. Kanak-kanak juga dibenarkan naik. Cuma anda kena sentiasa jaga kebersihan kawasan agar esok lusa anak cucu anda pun masih boleh menikmati keindahan Sungai Chiling :)






Pintu Masuk Sungai Chiling



anda perlu meredah beberapa anak sungai untuk sampai ke puncak 


KESUSAHAN ANDA TERBAYAR BILA ANDA NAMPAK INI!!


Ramai betul orang. Ye la, cuti kan?


heeee heeee



Ya! Memang ada banyak ikan tapi itu tak bermakna anda boleh menebar jala ya! Menagkap ikan adalah di larang di kawasan ini. Sebab tempat nak bakar / bbq pun adalah jauh di bawah. 



SELAMAT MENDAKI!!!