Persidangan ASEAN 2015 : Wanita Dalam Politik



Depetik dari sumber UNICEF 2005:

"Semenjak merdeka, bilangan calon wanita yang telah dipilih untuk memasuki badan-badan pembuat keputusan politik di Malaysia semakin bertambah, tetapi hanya pada kadar yang sederhana dan masih berada di tahap yang rendah. Pada tahun 1990, hanya 5 peratus daripada ahli-ahli parlimen terdiri daripada wanita. Bilangan ini telah berganda sebanyak 10 peratus pada tahun 1999 tetapi ia telah kekal di tahap tersebut walaupun selepas pilihanraya umum pada tahun 2004"

Berikutan daripada petikan tersebut, sehingga kini, kuantiti kaum wanita didalam mana mana bidang politik masih lagi rendah berbanding lelaki. Namun telah banyak meningkatan dapat dilihat bermula dari tahun awal kemerdekaan sehingga kini. Pun begitu, negara ini masih memerlukan lebih banyak idea dan penglibatan kaum hawa dari pelbagai sektor termasuklah politik dan inovasi. Justeru itu, bersempena Malaysia menjadi tuan rumah ASEAN pada tahun ini, Wanita Barisan Nasional telah mengadakan sebuah persidangan yang menghimpunkan kaum wanita dari serata negara ASEAN. 



Persidangan ini diberi nama ASEAN Women in Politics atau #WIPKL2015 . Persidangan ini adalah bertujuan untuk memberi tumpuan kepada isu-isu melibatkan kepimpinan wanita di negara-negara anggota ASEAN. Objektif utama #WIPKL2015 adalah untuk memberikan lebih banyak peluang bagi bertukar-tukar pendapat mengenai amalan terbaik dan cabaran yang dihadapi dalam usaha meningkatkan lagi penyertaan wanita dalam bidang politik. 



Acara #WIPKL2015 ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 17 Oktober 2015 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Persidangan yang akan bermula pada jam 8.30pagi itu akan menghimpunkan seramai 4 orang wakil terkemuka dari setiap negara bagi membahaskan isu-isu semasa mengenai status wanita dan politik di ASEAN. 



Untuk anda yang berminat menyertai sesi perbincangan #WIPKL2015 , sila hadirkan diri anda pada 17 Oktober 2015 di PWTC, Kuala Lumpur. Kaunter pendaftaran akan bermula seawal jam 7.30 pagi. 



Untuk maklumat lebih lanjut mengenai #WIPKL2015, sila layari laman web rasmi #WIPKL2015 atau anda juga boleh hantarkan sebarang persoalan atau cadangan anda di laman-laman sesawang berikut:

Email:  wipkl@wanitabn.my
Twitter: ASEAN WIP
Instagram: aseanwip