Love Me Seven Days Cafe

Hai! 


Lamanya tak update blog ni. Anyway! Short story! 

Anda semua mesti kenal dengan pelakon kecil molek yang kalau korang tune in radio Era setiap weekend ada suara dia. 

Cuba teka siapa dia? 


Betul! Elfira Loy. Ok saya yakin semua tahu Elfira dah bukak sebuah cafe di Alam Damai, Cheras semenjak beberapa bulan yang lalu. Saya yakin cafe ni dah agak lama beroperasi, cuma saya yang baru jejak kan kaki ke cafe tu siang tadi. 

So now, saya nak bagi review mengenai Love Me Seven Days Cafe buat mereka yang masih belum menjejakkan kaki ke dalam cafe ni. Lepas dah baca ni, anda mesti nak ajak family anda dinner di Love Me Seven Days Cafe selepas ni.




Konsep dalaman Love Me Seven Days ni memang best. Minimalist. Bila kali pertama anda masuk, anda akan terus nampak dekorasi yang sangat simple tapi selesa. Meja yang tidak terlalu mampat. 1 ruang santai dimana anda boleh lepak dan relax atas sofa sambil berborak dengan rakan anda pun menarik perhatian. Susun atur perhiasan didalam cafe ni memang buat saya rasa "wow!" bila pertama kali saya masuk. Yang paling best! Once anda masuk, staff akan terus layan anda, tunjuk kan meja kosong untuk anda. Memang rasa sangat selesa and welcome. 




Kebetulan tadi ada 1 meja ni buat surprise birthday party. Ha! jangan tak tahu staff Love Me Seven Days bantu mereka buat dekorasi ok! Siap letak balloons, wording happy birthday and pasang lagu lagi. Memang sempoi! 

Harga? 

Jangan risau. Harga semua mampu makan. InsyaAllah. Segelas Mocha RM11.70. Sama macam anda lepak Starbucks cuma yang ini cafe Melayu. Love Me Seven Days juga menyediakan anda dengan menu Melayu dan Barat seperti, Laksa Sarawak, Laksa Kedah, Nasi Goreng, Fish & Chip, Lasagna dan macam macam lagi. 





Tak nak makan berat?

Jangan risau! Love Me Seven Days menyediakan hidangan ringan buat anda. Mereka juga ada manisan seperti kek dan sebagainya. Memang sesuai untuk anda yang nak datang lepak, sembang kosong dengan kawan-kawan ataupun saja datang sebab nak buat assignment dekat situ. You are most welcome i should say? 




So macam mana? Rasa best tak lepas dengar sedikit ulasan daripada pengalaman saya menjejakkan kaki ke Love Me Seven Days. Ada rasa macam nak ajak family ke Love Me Seven Days Cafe malam ni or esok? Atau mungkin nak buat tempahan untuk sambutan hari jadi kekasih hati?

Laju-laju hubungi mereka di:

Instagram: lovemesevendayscafe 
Email: @loveme7days@gmail.com
Call: 603 91077580
Location: 66-1 Wisma Alam Damai , Alam Damai (Waze: Maybank Alam Damai)
Business Hour: 11am - 11pm



Photo Credit: Google