HRDF Conference & Exhibition 2015

20 Jam menjelang HRDF Conference.





Seperti kita sedia maklum, tahun 2015 adalah tahun yang bertuah buat Malaysia kerana telah menjadi tuan rumah ASEAN untuk kesekian kalinya. Selaras aspirasi AEC, persidangan ini bertujuan untuk menyampaikan 1 program yang terunggul dengan orentasi dan perspektif yang meluas. 

Didalam menuju kearah wawasan 2020, kita pada ketika ini masih lagi tidak dapat menepati objektif didalam menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi kerana pada masa ini sebahagian besar daripada tenaga kerja kita masih dikategorikan dalam kategori pekerja berkemahiran rendah

Fakta Menarik: 
Menurut Laporan Rancangan Malaysia ke-10, hanya 28% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam pekerjaan berkemahiran tinggi dan kita masih kekurangan 22% daripada tenaga kerja tersebut menjelang wawasan 2020.

Melihat kepada tajuk di atas, sudah tentu ramai yang tertanya-tanya "apa itu HRDF Conference?". Ok, selanjutnya didalam entry ini, saya akan menerangkan beberapa isi penting berkaitan dengan HRDF atau Human Resource Development Fund. 

Apa itu HRDF?

HRDF atau Human Resource Development Fund adalah sebuah seminar yang telah dirangka khas dengan kerjasama dari Kementerian Sumber Manusia. HRDF ditadbir oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Apakah tujuan HRDF?

Acara HRDF ini diadakan bagi membincangkan isu-isu mengenai potensi tenaga kerja di rantau ini dan beberapa hal lain yang berkait rapat. Bertemakan kemanusian, kepakaran, dan kemajuan; HRDF akan membentangkan isu mengenai potensi dan kuasa didalam menuju kearah kemajuan ekonomi berasaskan sumber tenaga manusia. Selain daripada itu, ia turut merancang pembangunan modal insan yang berkualiti dan tenaga kerja bertaraf dunia bagi mencapai ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan pengetahuan dan juga inovasi. 

Ke arah kemajuan, HRDF dengan ini memohon kerjasama dan sokongan bukan sahaja daripada syarikat tempatan mahupun luar negara; bahkan, sokongan secara individu luar biasa seperti ANDA untuk membuat acara ini sebagai suatu kejayaan besar. 

Kepentingan HRDF Conference & Exhibition 2015?


  1. Membentangkan perspektif yang berbeza kepada pembangunan modal insan.
  2. Membawa bersama-sama watak utama, personaliti utama dan pembuat keputusan dalam sektor HR (human resource / sumber manusia)
  3. Menggalakkan pertemuan minda untuk lebih memahami pembangunan modal insan di Malaysia dan untuk bertukar bakat dan sumber idea. 
  4. Memberi peluang kepada tenaga sumber manusia untuk mendapat lebih banyak rangkaian dari dalam dan luar negara.

Persidangan HRDF ini bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KL Convention Centre) bermula dari 8 Disember 2015 sehingga 9 Disember 2015. Tema-tema perbincangan adalah dipilih daripada penyelidik profesional dari dalam dan luar negara yang akan berkongsi pengalaman dan tatacara terbaik didalam meningkatkan perkembangan semasa. 

Anda sudah tentu berminat untuk mengetahu lebih lanjut mengenai HRDF Conference & Exhibition 2015 ini. Atau teruja untuk menyertai persidangan yang diadakan? Anda boleh lawati laman sesawang rasmi mereka iaitu HRDF Conference & Exhibition 2015 atau boleh berhubung terus di talian PSMB Contact Centre: 1800-88-4800

Dibawah ini saya sertakan beberapa info menarik mengenai jemputan khas yang akan mengupas isu-isu berkaitan. 


Jumpa anda di sana! 


Sumber gambar: HRDF Conference & Exhibition 2015