Selamat Beradu, Tunku Abdul Jalil.





Innalillah,

Tiada kata yang dapat dilafazkan buat kehilangan besar didalam keluarga Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan sesisi keluarga diatas kemangkatan YAM Tunku Abdul Jalil pada 5 Disember 2015 pada jam 7.11 petang. 

Almarhum Tunku Abdul Jalil adalah seorang putera yang sangat disenangi dan mesra rakyat walaupun sesudah baginda disahkan mengidap penyakit kanser hati lebih setahun yang lalu. 




Berita kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Jalil telah diumumkan sendiri oleh Presiden Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli sejurus kemangkatan baginda. 

Susulan kepada penyakit baginda, Sultan Ibrahim telah menubuhkan sebuah yayasan bagi pesakit kanser yang diberi nama Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation bagi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan dana bagi rawatan kanser. 

Semoga roh Almarhum Tunku Abdul Jalil di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Jutaan takziah daripada kami, Rakyat Malaysia.

Al-Fatihah....