Oh My Ganu 2!

Ya! Anda semua tidak silap baca tajuk! Oh My Ganu kini kembali dengan sequel daripada yang sebelumnya.



Siapa disini peminat Oh My English dan mengikuti telefilem Oh My Ganu sebelum ni? Cuba komen sikit di ruangan komen tentang pendapat anda mengenai rancangan Oh My English dan telefilem mereka. 

Untuk pengetahuan anda, telefilem Oh My Ganu 2 ini adalah telefilem ke-5 mereka dan dengar khabarnya ini adalah penamat untuk telefilem bagi rancangan ini. Dan paling best dia nak tahu tak apa benda? Anda, sebagai penonton, akan diberikan peluang untuk menjadi #TemaHenry atau #TeamZizang ! WOW! Ada dua pengakhiran menarik untuk telefilem ini. Penamat cerita terletak di tangan anda semua. Sebelum kita bercerita mengenai hashtag dan cara mengundi, Jiha nak cerita sikit mengenai jalan cerita Oh My Ganu 2 ni. Biar anda semua rasa teruja untuk menonton pada 16 Januari nanti. 




Oh My Ganu 2 adalah telefilem kelima dalam siri Oh My English selepas Oh My Ganu, Oh My English - Hello America, Oh My English : Villa Isabellaaa! dan Oh My Goat - come Baaack!!. Telefilem ini menyaksikan kemunculan semula Zizan Razak sebagai Zizang, musuh lama Mr Henry (Zain Saidin) yang turut sama ingin memikat Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah). Apa yang memberikan kelainan pada telefilem kali ini adalah kejayaan Astro didalam membawakan pengalaman tontonan yang nyata berbeza di mana terdapat dua versi pengakhiran (seperti yang sudah jiha nyatakan di atas). Buat pertama kalinya Oh My English memberikan peluang kepada penonton untuk memilih pengakhiran yang mana menjadi pilihan mereka dengan cara mengundi sama ada Cik Ayu akan bersama Sir Henry ataupun Zizang sebagai penghargaan kepada penonton yang telah memberikan sokongan selama tayangan. 

Penonton boleh memilih untuk mengundi dengan menggunakan hashtag #TeamHenry ataupun #TeamZizang di akaun Twitter masing masing ataupun dengan cara mengundi di laman sesawang rasmi Oh My English. Undian sudah mula dibuka sehingga ke tayangan perdana Oh My Ganu 2 (16 Januari, 9 malam). Keputusan undian terkini boleh dilihat di laman sesawang Oh My English dan juga Astro TVIQ sehingga 2 jam sebelum tayangan bermula.





Jadi jangan lupa lakukan tugasan anda didalam membantu Cikgu Ayu untuk memilih calon suami pilihan beliau dengan mengundi calon yang tepat. Jika anda team Sir Henry, gunakan hashtag #TeamHenry !!!!! Tapi jika anda team Zizang gunakan hashtag #TeamZizang ok!!! Cepat undi sekarang! Cikgu Ayu perlukan bantuan anda. 


Peminat boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai Oh My English atau berinteraksi bersama rancangan ini melalui media sosial mereka iaitu:

Facebook: Oh My English
Twitter: @Oh_My_English
Youtube: Oh My English!
Instagram: @ohmyenglish 




Di bawah ini saya sertakan beberapa keping gambar menarik untuk anda sepanjang majlis tayangan Oh My Ganu 2 bersama media sebentar tadi! Enjoiceeeee...