#MSMWTwitterthon untuk Malaysia Social Media Week 2016

Hello Semua!!! 

Teruja sangat nak share informasi berguna ni dengan korang! Siapa yang pergi #MSMW2016 baru baru ni? Sila komen di ruangan di bawah ni cakap "aiyai!!!" 

Seperti tahun lepas, Malaysia Social Media Week bakal mengadakan acara larian atau lebih mudah kita panggil, Fun Run. MSMW Twitterthon adalah acara larian sejauh 5km bersama sama ribuan social media geek! Wow. Ini lah masa untuk anda berkenalan dengan followers dan following list anda. Teruja kan? Sambil berlari, anda boleh amik gambar, tweet & share moment anda di sepanjang laluan Twitterthon sebab dengar kata mereka turut menyediakan check-point yang menarik. Apa yang menarik? RAHSIA!!! Join la baru tahu apa yang best..



Anda yang mempunya social media adalah sangat di sarankan untuk menyertai MSMW Twitterthon ni sebab antara kemestian semasa melakukan larian nanti, anda kena masukkan hashtag #MSMW2016 & #MSMWTwitterthon didalam setiap share moment & Tweet anda. Tetapi jika anda bukan seorang penggemar social media tetapi ingin merasakan kemeriahan berlari sambil bersuka ria di check-point yang di sediakan, anda turut di alu alukan untuk menyertai aktiviti ini.




Ok sudah! Jangan berceloteh banyak! Berikan kami info menarik Najihah *rolling eyes*. Ok here we go!


Apa? Masih tak cukup? Apa lagi yang korang mahukan? Oh!! Macam mana nak mendaftar. Hu Hu Hu. Ok! Here you go: 

Anda boleh mendaftarkan diri anda di website Malaysia Social Media week (<-- Click untuk link) atau anda juga boleh ke Myraceonline ( <-- Click untuk link). Mana mana cara pun senang je. 

Kalau malas nak baca apa yang Jiha bebelkan di atas, ni jiha buat sedikit rumusan:

Tarik: 15/5/2016
Lokasi: Lake Garden, Kuala Lumpur
Masa: 6.00 pagi 
Jarak: 5KM
Bayaran: RM65 (termasuk goodies bag dan lain lain)

Jika anda masih mempunyai sebarang kemusykilan atau maklumat lanjut, hubungi MSMW secretariat di info@socialmediachambers.org 

Jumpa anda di MSMWTwitterthon!!!!