Aneka Selera di The Eatery Four Points by Sheraton Puchong.




Ramadhan kian hampir. Juadah berbuka puasa sudah semestinya memainkan peranan yang penting kepada kita semua setelah penat seharian berpuasa. Bayangkan waktu berbuka puasa anda di hidangkan dengan 100 aneka makanan dari seluruh Malaysia. Dengan keenakan dan sentuhan unik daripada chef yang terbaik, waktu berbuka puasa sudah semestinya menjadi sesuatu yang sentiasa anda nantikan. 


Ayuh! Jiha nak ajak anda semua menjejakkan kaki ke The Eatery Four Points by Sheraton Puchong. Sebuah hotel yang sangat selesa yang terletak di kawasan urban dan strategik untuk anda lawati. Dengan tenaga kerja yang berpengalaman dan ramah, pasti akan membuatkan penginapan atau persinggahan anda menjadi lebih bermakna.



Apa yang menarik di The Eatery Four Points by Sheraton Puchong ni? Aha! Mereka pun ada hidangan yang menjadi highlight untuk tetamu cuba. Bak kata Chef, it's now or never. Haaa sampai macam tu sekali chef promote. Antara hidangan 'signature' di Aneka Selera, The Eatery Four Points by Sheraton Puchong adalah daging masak kicap, ikan patin masak tempoyak, kambing masak merah, sate dan nasi beriyani. 









Antara yang sempat Jiha jamah semalam adalah ikan siakap steam, udang masak sambal petai, telur ikan goreng, sotong goreng tepung, sup ekor, bubur lambuk, dan ketam goreng. Tapi dalam banyak-banyak yang Jiha ambil tu, Jiha paling suka udang masak sambal petai. Rasa dia memang BEST. Rasa manis, masam, masin dia memang terasa. Jiha siap tambah 2 kali *heheheh*. Ikan kerapu steam pun sangat sedap. Lembut je bila masuk dalam mulut. 2 hidangan ni semalam buat Jiha rasa nak datang The Eatery Four Points by Sheraton setiap kali berbuka. 



Selain daripada itu, untuk membangkitkan lagi perasaan teruja menunggu lebaran, The Eatery membawakan dekorasi menari bertemakan suasana kampung yang akan mengembalikan nostalgia berbuka puasa bersama keluarga. Turut menarik perhatian adalah aneka makanan dari pelbagai bangsa antaranya adalah Gado-Gado, Nasi Kerabu, Lemang, Serunding Daging, dan ulam-ulaman. 






Bukan itu sahaja, *wow, memang banyak betul makanan di The Eatery ni* sebanyak 14 jenis pencuci mulut dan kuih muih bakal membuat anda terduduk kekenyangan apabila berbuka puasa di nanti.Antara yang bakal disajikan adalah bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, pengat pisang, sagu gula melaka dn dodol. WOW! Dengar je pun dah terliur. Jiha dah rasa dah sagu gula melaka dan kek coklat mereka. SEDAP! Kek coklat yang dihidangkan langsung tak memuakkan. Bahkan mereka menggunakan kualiti coklat yang sangat baik sehinggakan Jiha rasa macam nak bawa balik 1 bekas *hehe*





Lepas dah kekenyangan berbuka puasa, korang boleh duduk santai di Lobby Lounge sambil menikmati live band yang mendendangkan pelbagai lagu menarik sambil minum coffee ataupun tea. Memang santai untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan mahupun keluarga

Aneka Selera @ The Eatery Four Points by Sheraton Puchong akan mula beroperasi pada 10 June sehingga 3 Julai 2016 pada kadar harga yang menarik untuk early bird iaitu RM90. Manakala RM120 untuk harga biasa bagi dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak. 

Kunjungi The Eatery hari ini untuk mendapatkan harga early birds yang hanya sah sehingga 6 Jun 2016 atau anda boleh hantarkan tempahan meja anda melalui email kepada eatery.puchong@fourpoints.com atau anda juga boleh menghubungi mereka secara terus di talian 03-58918888