Beli Rumah, Jom Umrah Dengan IJM Land.

Mempunyai rumah yang lengkap adalah impian kepada semua orang. Terutama untuk mereka yang bakal membina keluarga tidak lama lagi. Namun disebabkan faktor ekonomi negara yang tidak memberangsangkan, ramai pemuda dan pemudi pada zaman ini mempunyai beberapa kesukaran terutamanya didalam menyediakan kewangan yang cukup bagi membeli rumah impian mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa menghadkan serta membahagikan keinginan untuk memiliki rumah dan mengerjakan umrah. 

Usah gusar! Kerana IJM Land dengan kerjasama dari Andalusia Travel & Tours telah menyediakan kemudahan untuk anda. Mengapa perlu memilih jika anda mampu mendapatkan kedua duanya sekali? Dengan kempen terbaru dari IJM Land, anda mampu memiliki rumah dan menunaikan umrah dengan 1 bayaran sahaja! Menarik bukan? 


Bermula dari hari ini sehingga 31 Julai, bumiputera yang membeli rumah di bawah projek IJM Land Seremban 2, Seremban 2 Heights & Seri Binjai@Rahang berpeluang untuk menikmati promosi Beli Rumah, Jom Umrah ini. Bukan itu sahaja, pembeli juga berpeluang untuk menikmati pelbagai faedah menarik antaranya adalah:
  1. Bayaran muka atau pendahuluan yang rendah
  2. Kadar interest serendah 0% dengan plan sehingga 36 bulan menggunakan kad kredit
  3. Pengecualian yuran kelab S2 selama 2 tahun
  4. Subsidi yuran dokumentasi undang-undang
Memang menarik bagi mereka yang baru ingin memulakan hidup. Kesemua rumah didalam kawasan pembangunan IJM Land Seremban 2 adalah unit yang sedia untuk anda pindah masuk yang bermula pada harga serendah RM488,110 untuk rumah teres dua tingkat dan RM925,110 untuk rumah berkembar. Selain daripada itu, kawasan seluas 3,800 ekar yang mampu memuatkan sehingga 13,000 unit kediaman bakal memberikan anda suasana yang berlainan daripada kotaraya Kuala Lumpur dan disertakan dengan beberapa kemudahan yang berhampiran seperti Masjid Hussain, Hill Park, Aeon Seremban 2 dan lain lain lagi. Lokasi ini amat sesuai untuk dijadikan kediaman membina keluarga yang bahagia. 

Antara jenis hartanah yang di jual di bawah kempen Beli Rumah Jom Umrah ini adalah:

  1. Rumah Teres 2 Tingkat bekeluasan 20' x 70' yang berharga RM488,110
  2. Rumah Teres berkeluasan 22' x 70' yang berharga RM588,401
  3. Rumah Teres berkeluasan 24' x 80' (super linked home) yang bermula dengan harga RM661,010
  4. Rumah berkembar 2 tingkat yang bermula dengan berharga RM925,110.








Setiap pembeli yang membeli dengan IJM Land bagi projek Seremban 2 akan ditawarkan dengan pakej umrah selama 12 hari bagi 2 orang yang bernilai sehingga RM22,000. Pakej yang ditawarkan ini adalah termasuk dengan penginapan mewah di Hilton Tower Mekah untuk 6 malam dan hotel Mawaddah al Waha  di Madinah selama 4 malam. Bukan itu sahaja, pakej ini juga merangkumi visa, tiket kapal terbang, pengurusan dari awal sehingga akhir perjalanan anda menunaikan umrah, pengangkutan dan makanan anda selama 12 hari anda mengerjakan umrah. Selain daripada itu, jika pembeli masih belum bersedia untuk mengerjakan umrah, mereka boleh menghadiahkan pakej tersebut kepada insan yang tersayang. 


Jangan lepaskan peluang ini untuk medapatkan unit idaman anda di Seremban 2. Usah gusar jika anda bekerja di Kuala Lumpur tetapi mahu membeli rumah di Seremban 2 kerana lokasi Seremban 2 amat strategik dan berdekatan dengan lebuhraya yang menghubungkan anda ke kotaraya. Dengan jarak hanya 30 minit menggunakan lebuhraya PLUS melalui susur keluar plaza tol Ainsdale, anda mampu sampai ke destinasi kerja anda pada masa yang ditetapkan. 

Untuk lebih banyak info, jangan lupa singgah ke showroom Seremban2:

P.T 10786, Seremban 2,
70300 Seremban, 
Negeri Sembilan Darul Khusus, 
Malaysia

Anda juga boleh layari website mereka iaitu Seremban2 by IJM Land atau hubungi mereka di secara langsung di 1800 222 456. 

Ayuh! Beli Rumah, Jom Umrah bersama IJM Land dan Andalusia Travel & Tours