Inspirasi Fesyen Raya 2016 ATL x ANZEL Scarf


Tudung dan pakaian yang cantik sememangnya menjadi isu yang teramat penting buat kaum hawa di seluruh dunia, termasuklah Jiha sendiri. Bersempena sambutan Ramadhan dan Syawal yang semakin menjelma tidak lama lagi, kolaborasi antara Anzalna & Dato Aliff Syukri telah berjaya memasuki market fashion semasa di Malaysia. 





Selaku peminat setia Anzalna, Jiha sangat teruja dengan keluaran terbaru Anzel Scarf yang didatangkan didalam dua jenis iaitu plain dan bercorak dengan dihiasi perincian kristal menarik. Bukan itu sahaja, Anzel Scarf dikeluarkan dengan harga mampu milik iaitu serendah RM69 sahaja dan anda diberi sebanyak 75 pilihan menarik untuk disuaipadankan denggan pakaian harian anda. 

Bukan itu sahaja, Datuk Alif Syukri turut membawa koleksi menarik serta berkualiti tinggi yang diberi nama Abanag Terlajak Laris atau ATL. Jubah ATL menawarkan 3 koleksi menarik dengan menggunakan kain jenis cotton viscose, manakala Kurta ATL yang telah mendapat sentuhan indah dari Fadhli Sidek didatangkan khas dengan 2 corak pilihan iaitu polos dan batik bercirikan islamik moden. 








Buat masa ini, rekaan ATL dan Anzel Scarf telah berjaya berada di 60 stokis sekitar Kuala Lumpur, Johor, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan koleksi ATL dan Anzel Scarf secara online melalui AnzelScarf_Official dan AbangTerlajakLaris di Instagram.



Jom, bergaya di pagi syawal dengan koleksi menawan dari ATL & Anzel Scarf.