KIODA - Korean Outlet


Semalam masa tunggu suami habis buat kerja dekat Stadium Shah Alam, Jiha pergi melepak dengan kawan kawan dekat Asia Cafe, Subang. 

On the way balik, Jiha ternampak 1 kedai ni sederet dengan Starbucks. Korean Outlet. Nama kedai ni Kioda.  Sebagai manusia yang sangat teruja, Jiha pun terus melangkah masuk. Perempuan kalau dah masuk kedai macam ni, what else dorang akan buat? YES! Browse kesemua ruangan yang ada sebelum melangkah ke hadapan untuk dapatkan bakul untuk masukkan barangan yang sedia ada di tangan *ketawa tutup mulut*

Ok then, Jiha tak sempat la nak amik gambar keseluruhan kedai tapi Jiha boleh list kan items apa yang ada. Roughly. Hehehe

Antara barangan yang ada :

  1. makeup
  2. cute teddy bear
  3. makanan dan minuman dari korea
  4. sunglasses
  5. jewelry
  6. perkakas rumah yang super cute serupa cerita Full House
  7. wall paper from Korea
  8. cute phone stuff (again, like Korean people used to hav)
Ok itu antara barangan yang Jiha boleh recall daripada sepanjang perjalanan Jiha dalam kedai tu. Dan Jiha berjaya sambar 5 barangan yang Jiha rasa Jiha akan pakai. (hihu). Dan yes! Harga? Harga mampu milik. 5 items yang jiha grab semua dalam range RM10-RM15. Nice! 

Kalau korang berminat nak dapatkan barangan korea sama ada makanan, perhiasan, makeup dan sebagainya, jangan lupa ke Kioda berdekatan. Ikuti mereka di Facebook rasmi Kioda untuk mengetahu lokasi lokasi outlet Kioda berdekatan anda