Penerbangan Tanpa Henti Ke Mauritius Bersama AirAsiaX




Mauritius, sebuah pulau indah yang terletak di pantai Tenggara Benua Afrika ini terwujud daripada hasil letupan gunung berapi bawah tanah sehingga menghasilkan pulau yang mempunyai pantai berpasir putih & beriklim sub-tropika. Musim sejuknya bermula pada bulan mei dan berakhir pada bulan november. Manakala musim panasnya adalah daripada bulan november dan berkahir pada bulan mei. 

Sudah pasti rakyat Malaysia, khususnya peminat penerbangan AirAsia, ternanti nanti untuk menikmati perjalanan langsung ke lokasi idaman anda. Bagi mempermudahkan perjalanan anda ke lokasi indah ini, AirAsiaX telah membawakan sebuah berita gembira kepada kesemua penumpang mereka dengan menawarkan perjalanan tanpa henti atau direct flight ke Mauritius yang akan memulakan penerbangan pertama mereka pada 4 oktober 2016


Penerbangan ini akan beroperasi sebanyak 3 kali seminggu menggunakan pesawat Airbus A330-300 dengan kapasiti sebanyak 377 tempat duduk termasuk 12 tempat duduk Premium Flatbed. Wow! Menarik! Boleh ajak 1 family travel ke Mauritius kalau macam ni. 


Selaras dengan slogan rasmi mereka, Now Everyone Can Fly, AirAsiaX telah memperkenalkan tambang penerbangan untuk ke destinasi idaman anda ini bermula dari harga serendah RM299** dan sudah sedia untuk ditempah bermula dari 26 mei 2016 melalui website rasmi mereka iaitu www.airasia.com atau menerusi akses mudah iPhone & Android iaitu mobile.airasia.com . Promosi ini sah sehingga 5 Jun 2016. 

Menurut Ketua Komersian AirAsiaX Berhad, Mr Arik De, Mauritius adalah sebuah destinasi permulaan bagi rakyat Malaysia untuk mula meneroka keindahan di Afrika dan mereka amat berbangga kerana berpeluang untuk menyediakan rangkaian penerbangan pada kadar harga yang amat berpatutan kepada para penumpang terutamanya di Malaysia. 

Antara aktiviti menarik yang boleh anda nikmati ketika memanjangkan langkah anda ke Mauritius nanti adalah dengan berkunjung ke pantai yang paling popular iaitu pantai Belle Mere. Pantai yang dikelilingi dengan pasir putih dan lautan yang biru kejernihan sudah pasti mendamaikan jiwa. Ini sudah semestinya antara lokasi pilihan yang sesuai bagi mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kotaraya. 



Dalam masa yang sama, jika anda berkunjung ke Mauritius, anda tidak patut melepaskan peluang untuk melawati ibu negara mereka iaitu Port Loius, sebuah lokasi menarik yang dikelilingi oleh bangunan unik dan tugu-tugu yang penuh dengan sejarah. Selain daripada itu, anda juga bakal disambut dan disajikan dengan makanan enak serta perayaan kebudayaan dari pelbagai kumpulan etnik yang diadakan sepanjang tahun. 



Pulau Tropika ini sesungguhnya adalah sebuah lokasi yang terbuka untuk pelbagai jenis percutian yang bermula dari percutian bulan madu sehingga kepada company trip. Anda sudah pasti tidak mahu ketinggalan untuk turut sama menikmati perjalan mewah tetapi mampu milik ini bersama AirAsiaX. 

Anda juga boleh mendapatkan info terkini berkaitan tarikh penerbangan, promosi atau mengajukan sebarang soalan berkaitan ke laman sosial AirAsia iaitu:




Now, Everyone Can Fly with AirAsiaX