Anugerah 3K Kini Dalam Bentuk Digital.

Zaman Jiha sekolah dulu, Jiha masih ingat lagi kami kena sentiasa mengemas dan menceriakan kelas sebab setiap minggu akan ada penilaian dari guru bertugas. Dan paling best, kalau menang dapat piala pusingan. Kira kalau menang tu, memang boleh riak la dengan member kelas sebelah. Setiap awal tahun WAJIB kumpul duit dari 1 kelas dan beli macam-macam untuk keceriaan. Ada one time, kitorang siap beli cat ok nak mengecat kelas tu. Tapi, sebab malas, benda tu jadi separuh jalan je. Sampai lah hujung tahun. Burn duit. Hahah. Jiha bet, korang mesti pernah merasa pengalaman macam Jiha ni. Bohong la kalau tak pernah. Semua sekolah macam tu kot. 

Tiba-tiba teringat balik zaman sekolah dulu. Duty chart tu paling awal siap sebelum jadual kelas. Setiap kali ada Nazir datang sekolah, semua orang akan gotong royong sebab nak sekolah menang award. Masa tu tak tahu pun apa guna award tu. Tapi bila guru besar announce kitorang menang award 3K, Jiha cuma ada idea yang "ok sekolah aku dah famous" hahaha. Budak lagi masa tu. Tak faham apa kepentingan anugerah 3K tu. Since then, ramai lah sekolah dari merata datang, melawat sekolah kitorang. Memang meriah. Then lepas dah lama tu, Jiha dah tak pernah dengar dah pasal anugerah 3K ni. 



Cop! Korang tahu ke tak sebenarnya Anugerah 3K ni apa dia? Untuk yang tak tahu, 3K ni adalah Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan. Anugerah 3K ni adalah dari Kementerian Pendidikan. Kalau dulu Jiha tak pasti if Anugerah 3K ni ada collaborate dengan mana mana agensi lain, tapi setelah beberapa tahun, Anugerah 3K kembali di aktifkan dengan kerjasama dari Dutch Lady Malaysia. Paling menarik, ibu bapa kini dah boleh mengakses mengenai Anugerah 3K ni menerusi portal rasmi mereka yang telah di di sediakan. Wow! Bertuah la parents sekarang. 



Zaman Jiha dulu, ibu ayah tanya pasal 3K ni apa, kitorang terkial-kial nak menjawab. Tahun ni mereka dah sediakan portal yang memudahkan sekolah di seluruh Malaysia untuk menghantarkan penyertaan mereka menerusi online. Fuh! Lagi lah senang kerja guru besar. Semua di hujung jari je sekarang ni.



Program 3K tahun ini telah mendapat sentuhan khas dari Dutch Lady. Tujuan Anugerah 3K ini di wujudkan kembali adalah untuk mendidik & mengiktiraf usaha-usaha sekolah di semua peringkat didalam meningkatkan persekitaran sekolah. Selain daripada itu, Anugerah 3K ni diwujudkan adalah untuk mendidik pelajar-pelajar secara individu untuk menjadi lebih bertanggungjawab didalam menjaga kesihatan tubuh badan. So that, in the future, dapat melahirkan ganerasi yang lebih aktif dan berkualiti. 


(Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Saw Chooi Lee)




Anugerah 3K kali ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan I iaitu, Dato' P. Kamalanathan yang bertempat di bangunan Kementerian Pendidikan, Isnin lalu. Menurut Dato' P. Kamalanathan, beliau ingin menjadikan Portal Anugerah 3K dan projek khas 3C ini sebagai sebuah hub mudah akses kepada semua terutamanya para guru, pelajar dan ibubapa. Paling best adalah, ibubapa boleh memantau perkembangan semasa sekolah anak anak mereka menerusi portal ini. Zaman sekarang, semua dah mudah. Parents nak tengok prestasi sekolah, dorang just perlu buka portal Anugerah 3K then search maklumat berkaitan. Bukan itu je tau, sekarang ni di beberapa sekolah telah di tempatkan pegawai nutrisi yang akan memantau perkembangan semasa pelajar-pelajar dan buat laporan untuk di hantarkan ke Kementerian Pendidikan. Ini satu pencapaian yang baik. Pihak sekolah dah ada akses mudah untuk menyediakan program yang lebih berkualiti kepada para pelajar. 



Menarik bukan? Untuk ibubapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pencapaian semasa sekolah anak-anak anda, boleh terus ke laman sesawang rasmi Anugerah 3K dan Projek Khas 3C  






Ayuh, bersama sama kita memberikan hanya yang terbaik untuk anak-anak kita dan generasi akan datang.