Macam Mana Saya Mampu Simpan RM1,000 Setiap Bulan?





Zaman sekarang ni, ramai anak muda yang kelihatan lebih berusia dari usia yang sebenar. Kenapa Jiha cakap macam tu? Zaman la ni, umur baru 22 dah fikir gaji cukup tak nak bayar duit rumah, nak bayar loan pelajaran, nak bayar duit kereta, nak shopping. Eh pokoknya memang banyak la sebenarnya untuk di fikirkan. Sebab tu Jiha cakap, zaman ni kalau jalan sebelah sebelah dengan mak, orang ingat adik beradik. Kedut dekat dahi kemain lagi merekah. Mak pun kulit masih lagi melecun macam anak dara. Macam mana tu?




Baru-baru ni Jiha ada terbaca 1 entry yang di tulis oleh Farizan Zainal untuk Hasanuva. Tajuk entry dia adalah; "Tips Meyimpan RM1,000 Setiap Bulan Untuk Mereka Bergaji Rendah" . Lepas tu Jiha nampak ramai betul orang mengomel pasal susahnya nak menyipan walaupun RM100 sebulah di sebabkan ekonomi semasa dan menetap di Kuala Lumpur. Then Jiha ada la bagi komen here and there, lepas tu ramai pulak tanya macam mana nak saving RM1,000 setiap bulan like I do. So hari ni, Jiha nak share kan juga tektik macam mana jiha menyimpan RM1,000 sebulan dan berjaya kahwin walaupun masa tu tiba-tiba rezeki mahal sikit. Tak ada kerja. 

Entry ini khas untuk mereka yang berpendapatan rendah tetapi masih mahu menabung untuk, mungkin berkahwin atau emergency case. Jika anda rasa cara / teknik Jiha ini tak betul, boleh komen di ruangan komen. So that ramai lagi boleh baca dan mungkin follow style awak saving. Okeyh? Jom mula.

Masa dulu pendapatan bersih Jiha hanya RM2,000. Dan kebetulan masa tu dah nak kahwin apa semua. So Jiha ada 1 tahun nak menyimpan untuk kegunaan perkahwinan. Bayangkan, dengan hanya berbekalkan RM2,000 sebulan, macam mana Jiha nak survive? Nak menyimpan, nak bayar bill sana sini, nak bayar sewa rumah, nak isi minyak kereta & naik train. So macam mana Jiha survive? Ini caranya:

  • Setiap bulan, selepas dapat gaji, perkara pertama yang Jiha akan lakukan adalah Jiha akan asingkan RM1,000 kedalam 1 akaun yang Jiha tak ada online banking atau Debit Card. Dalam kes ni, Jiha gunakan akaun bank Islam. So balance akan tinggal RM1,000 je (nangis tepi katl)
  • Jiha akan pastikan sewa rumah yang Jiha diami takkan lebih daripada RM300 setiap bulan termasuk bill air dan letrik. Kalau sewa rumah dan bill rumah pun dah mahal, macam mana nak cover yang lain. Jadi manusia, kena bijak ok?
  • Well, Jiha seorang manusia yang sangat gilakan gadget. Me unlike other women yang suka kan makeup. Jiha pengumpul gadget. So Jiha pakai bill untuk phone Jiha. Jiha akan pastikan bill phone takkan lebih daripada RM150 sebulan. Kiranya RM150 tu maximum la Jiha boleh ketuk.
  • Jiha akan pastikan setiap kali dapat gaji, jiha asingkan RM1,000 dan bayar kesemua bills. Jiha jenis tak suka berhutang so, Jiha elakkan berhutang. Kalau boleh bayar semua. Sebab apa jangan berhutang? Sebab next month duit takkan cukup sebab nak bayar bills lagi, hutang lagi. So dah double issue dekat situ. Ingat, ELAKKAN BERHUTANG. 
  • Dengan sisa duit yang ada, Jiha akan asingkan pula kepada akaun CIMB dan Maybank. Yes! Tak kisah la ada berapa pun balance, Jiha akan split 2. Sebab? Jiha sentiasa didik mental Jiha, "duit dah sikit ni. Jangan membazir nanti tak ada duit nak makan". In other words, psycho diri sendiri. 
  • Dalam masa yang sama, Jiha juga buat kerja sampingan. Menulis, follow kempen-kempen sosial media (atau dalam bahasa lain, job berbayar @ Twitter). Dari situ dapat la duit poket lebih. At least dalam sebulan boleh dapat RM300-RM400 pun jadi lah kan? Just nak tampung makan minum sepanjang bulan je. 
  • Selain daripada tu, ni nak pesan UKURLAH BAJU DI BADAN SENDIRI. Kalau tak ada duit, buat cara tak ada duit. Jangan amalkan habit "biar papa asal bergaya" kelak anda terpaksa berpuasa di hujung bulan. 
  • Jiha juga minta penangguhan bayaran pinjaman MARA dengan alasan gaji tak cukup banyak untuk bayar. Tapi lepas fikir balik, kalau tak mula bayar sekarang, lambat pula habis. So Jiha bayar la kadang RM100 kadang RM50. Just nak bagi makin susut. Itu je. 
  • Paling paling penting!!! Jiha puasa diri dari shopping benda bukan bukan. FUH! Susah weh! Tengok kawan beli kasut baru la. Makan tempat sedap la. Kita gigih ni balik kerja masak. Pi kerja bawak bekal. Sebab nak menyimpan. Tapi selalu remind diri "tak apa, rezeki Allah ni luas. Ujian ni sikit je. Relax Najihah"
By the end of the day, walaupun masa tu rezeki Allah mahal sikit, berhenti kerja sebab ada masalah dalaman, tapi Alhamdulillah, Jiha masih survive untuk segala persiapan perkahwinan. Masa tu tunang (yang sekarang ni suami) Jiha dah risau. Jiha dengan tak ada kerja nya apa nya, tapi masih boleh sediakan persiapan perkahwinan dengan jayanya. Fuh! Achievement unlocked! Dia tak tahu dalam diam Jiha dah ada saving yang sukses untuk perkahwinan kami. Or maybe Jiha jenis cermat.I don't know. 

Apa-apa pun Jiha nak pesan, walau macam mana sikit pun gaji korang, ingat, jangan tak menyimpan walaupun RM50. Simpan. Korang takkan tahu apa akan jadi in the future. Sakit ke demam ke tak ada medical card dan kena pakai cash. At least ada la simpanan yang sedikit sebanyak tu kan? 




Sekian sahaja celoteh Jiha untuk tips macam mana Jiha mampu menyimpan RM1,000 setiap bulan sehingga kini. Kalau korang ada extra tips nak kongsikan dengan Jiha and pembaca lain, by all means, please do so. Tiada halangan. Semoga bermanfaat kepada semua orang. No hate, Just Love! :)