Pengalaman Pertama Bersama Estetika Medispa



Perempuan dan kecantikan sememangnya sukar untuk di pisahkan. Macam dalam previous post Jiha, "Macam Mana Saya Mampu Meyimpan RM1,000 Setiap Bulan", Jiha dah mention Jiha bukan beauty freak. Tapi Jiha ni ada skin problem since sekolah menengah lagi. Biasalah, dah namanya pun sekolah kan. Aktif bersukan sana sini, main tengah panas, lepas tu balik rumah terus tidur tak kisah muka dah macam kerbau. Yeah, semua orang mengalami perkara yang sama. Or, it's just me :( 

Disebabkan itu, Jiha memang sentiasa jaga apa yang Jiha pakai, apa yang jiha makan. Well, sometimes akan kecundang juga. Siapa je yang tak? LOL. Tambah dah bekerja ni, banyak masa dalam office. Aircond jenis atas kepala. HA, kau sabarjap! Kulit memang kering lekaih la. Dehydrate orang putih kabor. Bila keluar office, panaih litlit. Kulit terus pening nak bukak pores ke nak close. Confuse dia. Oleh sebab Jiha dah tak nak kulit Jiha confuse dengan apa dia patut buat, maka Jiha amik keputusan untuk dapatkan rawatan pakar. Dan hari ini, dengan kering hati, Jiha menjejakkan kaki ke Estetika Medispa Bangi. Belakang rumah je yuols. Start enjin kereta, dalam 5 minit terus sampai. Sempoiii. 

Masa Jiha sampai, Jiha walk-in je sebab tak buat appointment in advance. Masa tu doktor dah nak balik sebenarnya tapi slumber minta assistance dia cakap nak juga. Nasib baik doktor baik hati kasi juga masuk. Kalau tak sia-sia je la berperang dengan adik nak pinjam kereta dia. Hihu. Sedih juga tak ada gambar masa scan muka tu. Tapi tak apa. Jiha amik dari google untuk contoh macam mana Jiha scan muka sebelum mulakan rawatan.


Selepas dianalisa kulit Jiha ni, well Jiha dah memang sedia maklum sebenarnya apa masalah kulit Jiha ni. Cuma nak tengok sendiri betapa teruk nya and rawatan mana yang sesuai untuk enhance balik kulit yang bermasalah ni. Dalam sekelip mata, peralatan yang di gunakan boleh analisa Jiha punya skin problem. Siap dalam bentuk graph lagi tau! Kau mampo? 


Doktor cakap muka Jiha jenis oily and pores besar.Pores terbuka ni bagus untuk kulit kita bernafas dan mengeluarkan minyak untuk muka tak kering sangat. Tapi kalau dah besar sangat tu gajah pun boleh masuk, maunya tak tersumbat dan berkahir dengan jerawat ye dak? Selain daripada tu, Jiha juga ada scars yang dah lama. Biasa la tangan tak bedung kan. Dia memang gatal nak usik jerawat tu. Jawapan dia, mendapat la muka berparut sana sini. Padan muka Najihah. Selepas sesi consultation dengan Doktor Isma, dia suggest kombinasi treatment. Carbon Peel Therapy & Cleopatra. 8 sesi all together. Pakej yang Jiha dapat ini adalah RM1,000 sahaja. Lepas tu disebabkan ada promosi Ramadhan, mereka bagi Jiha FREE 3 sesi Radiance Facial. All together ada 11 treatment la. untuk RM1,000. *happy jiha*



Lepas tu Doktor Isma bawa Jiha naik tingkat 2 untuk sesi rawatan. Ada amoi cantik yang assist Jiha. Fuh! Muka deme pun lawa baq anggg. Ni mesti dah dapatkan facial dulu sebelum lakukan facial ke muka orang lain. Treatment Jiha bermula dengan Radiance Facial, dimana mereka akan sedih perabih segala kotoran dari dalam pori dan dalam masa yang sama masukkan vitamin supaya kulit akan kekal cantik! Lepas dia dah selesai sedut semua, rasa muka macam bontot baby sat. Lembut je. Suka! Teknologi yang digunakan pun, Jiha first time la tengok. Sebab sebelum ni pi facial yang harga bawah dari RM90. Mana guna semua perkakas tu. 



Lepas dari tu, muka Jiha di steam kan dan dibubuhkan Carbon Peel. Tujuan mask Carbon ini adalah untuk menarik masuk segala minyak berlebihan dan lock kan dalam kulit supaya tak la oily sangat. Keluar takat yang perlu je kata doktor. 





Deme pakai penembak apa tah nama. Rasa macam laser pun ada. Bau hangit pun ya juga. Tapi selepas dari dia dah settle tembak pakai perkakas dia tu, Jiha rasa habis kecut jerawat yang baru nak naik. In fact hari ni seharian pakai makeup, excess oil, nadahhh!!!! OMG! Rasa teruja dengan kulit sendiri tau! 


Korang mesti tertanya-tanya if ada kemerah-merahan ke apa ke kan? Sorry dik, tak ada. Memang selesa. Tak sakit pun ya jugak. Memang best la pokok nya. Jiha rasa korang seriously kena cuba. Kalau medispa lain maybe mahal sampai 5000-6000, Estetika ni memang mampu milik la pakej dia. Korang boleh berunding dengan doktor in charge. Dia tau nak assign korang kena amik pakej mana. So far Jiha tengok dalam senarai harga dia, paling mahal puk RM1,500. Rasanya masih mampu la kalau nak cuba. Sebab RM1,500 tu untuk 10 kali treatment. Tapi harga yang tertera tak termasuk dengan produk ok? Produk harga asing. Tak sabar pula nak tunggu 2nd treatment. Tah macam mana lah nanti pakai topeng Cleopatra tu. Nanti Jiha update ok?

So amacam? teruja dak dengan cerita Jiha? Selain daripada rawatan muka, dorang juga ada buat rawatan untuk pembuangan lemak. Murah juga. Boleh cuba ni *seluk tangan dalam wallet*


Yang mana duk area Bangi tu boleh la serbu Estetika Medispa Bangi di Seksyen 8. Kalau waze pun jumpa. Jangan risau ok. Dekat bawah ni Jiha akan senaraikan beberapa cawangan lain untuk reference korang. Jangan lupa dapatkan rawatan bermula ramadhan ini. Setiap pembelian pakej bernilai RM1,000 keatas akan mendapat 3 rawatan Radiance Facial yang bernilai RM450 secara PERCUMA! Jangan tunggu lama-lama. Pakat serbu lokasi Estetika Medispa berdekatan anda ok!