Selamat Meyambut Ramadhan Kareem!




Wow! Sedar tak sedar, kalender Islam dah masuk ke fasa baru bulan baru. Bulan yang sentiasa di nanti nantikan oleh seluruh umat Islam. Bulan yang sentiasa memberikan semangat berkobar kobar kepada seluruh umat untuk mengerjakan ibadah dengan bersungguh sungguh demi mengejar malam Lailatulqadar. Paling menarik, acara tahunan yang 1 tahun sekali je berlaku. Bazaar Ramadhan. Siapa je yang tak teruja nak menjejakkan kaki ke Bazaar Ramadhan. Makanan yang jarang-jarang jumpa mesti ada dekat bazaar ramadhan. Paling menarik, air pelbagai warna. Dari warna pink sampai ke warna terkois. Warna yang pelik untuk seketul air tetapi ya! Memang ada di bazaar ramadhan yang akan berlaku petang ini. Maybe 1st Ramadhan ni orang ramai lebih memilih untuk masak. Esok bermula la keadaan sesak di seluruh kawasan bermula jam 5 petang. Kalau tak percaya cuba la keluar office jam 5. tengok macam mana awak stuck dalam traffic jam nanti. 



Tapi haruslah diingatkan bahawa membazir itukan amalan syaitan. Jangan disebabkan keterujaan anda, anda beli makanan ikut hawa nafsu lepas tu tak habis. Rugi. Bayangkan saudara kita di Syiria sana. Tak cukup makanan. Mati kelaparan. Kita di Malaysia mati kekenyangan. Rasulullah pernah berpesan, makan sebelum lapar, dan berhentilah sebelum kenyang. Kalau kenyang sangat nanti malas nak kerjakan ibadah. Malas nak solat. Nak mandi pun malas. Dan dalam perspektif kesihatan pun, makan berlebihan akan membuatkan anda mudah mendapat penyakit. Takkan lah korang nak beraya dalam keadaan sakit ye dak? So kesihatan kena lah jaga. Kalau tak nanti beraya dalam hospital pulak.



Macam Jiha, tahun ni pengalaman menarik sebab tahun ni pertama kali meraikan ramadhan dengan status isteri. Teruja juga sebenarnya dengan status baru ni sebab banyak insiden menarik berlaku. Belum raya dah macam-macam insiden menarik berlaku. Bayangkan pagi syawal nanti tah macam mana lah gamaknya keadaan. Haha. Semoga semua yang baru pertama kali merayakan Ramadhan bersama pasangan baru, akan mendapat lebih barokah lah hendaknya ya. Nanti Jiha akan share kan lokasi menarik bazaar dalam entry seterusnya. Boleh lah korang jejakkan kaki ke lokasi lain. Tak la bosan je pengalaman bazaar ramadhan korang. Ok?


Sebelum Jiha habiskan tulisan ni, Jiha nak pesan dekat adik-adik di luar sana. Please!!! Jangan main mercun sampai membahayakan diri. Toksah lah nak design mercun baru. Custom sebab nak lagi BOOM dari member dekat kampung sebelah. Kang awak beraya dengan 1 tangan je. Tak pasal pasal. Jaga keselamatan diri. Awak mesti tak nak kan beraya dengan 1 tangan je nanti? 


Selamat Meyambut Ramadhan Kareem ya kawan-kawan! Kosong-kosong! Peace!