The Mines Celebrity Fest, Gedung Raya Pilihan Anda

Rasanya ramai yang tahu bila dengar nama The Mines. Ye la selalu korang ke The Mines mesti sebab nak serbu Big Bad Wolf kan?  



Tapi hari ni Jiha nak cerita pasal benda lain. The Mines, Gedung Pakaian Raya Anda. Eh? Apa benda pulak tu kan? Zaman sekarang ni, setiap kali raya, semua mall akan buat sale bagai nak gila. Semua nak berikan anda keseronokkan ketika membeli belah untuk persiapan raya korang. Perempuan la paling excited sebenarnya bila buat persiapan raya. And of course lah kan. Persiapan paling penting adalah baju raya! Haaa. Entry kali ni Jiha nak war-warkan lokasi membeli belah raya yang awesome tanpa perlu memandu jauh sehingga ke tengah bandaraya Kuala Lumpur. Jejaga. Dah boleh masukkan dalam kalender korang dah lepas ni ok? 



The Mines Shopping Mall dengan kerjasama OMG Fest bakal mengadakan The Mines Celebrity Fest yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 June 2016 bertempat di Ruang Legar Utama, Tingkat 3 The Mines Shopping Mall. Fuh! Panjang lebar Jiha tulis. Apa benda The Mines Celebrity Fest ni? Meh dekat sikit. Senang nak bisik. Actually, The Mines Celebrity Fest ni bakal mengumpulkan artis-artis ternama bersama produk yang mereka hasilkan di bawah 1 bumbung. Selain daripada menjual dan mempromosikan produk mereka, korang juga boleh la meet and greet artis kesayangan korang. Setakat yang Jiha di beritahu, dah ada 20 artis yang confirm bukak booth untuk event ini. Antaranya adalah Erry Putra, Nas Adilah, Arja Lee, Khair & Rosma dan ramai lagi artis lain yang bakal berada di lokasi kejadian. 


Best part is, bukan produk wanita je ada, lelaki dan kanak-kanak juga boleh turut sama shopping disini. Kiranya boleh beli persiapan lengkap seisi keluarga la kiranya ni. Mudah bukan?


The Mines ni punya baik hati, korang  yang membeli belah di The Mines bermula pada hari ini sehingga 10 Julai dengan pembeli yang bernilai RM200 keatas pada hari yang sama berpeluang untuk mendapat kusyen dari SPOTLIGHT berserta sampul raya secara PERCUMA! Manakala dengan setiap pembelian yang bernilai RM300 keatas pada hari yang sama berpeluang untuk mendapat kotak perhiasan ekslusif disertai dengan set sampul raya secara PERCUMA. Amboi banyak betul hadiah menarik menanti anda kalau anda ke The Mines sepanjang bulan puasa ni.



Fuh! Ini macam, boleh ajak encik suami ke The Mines nanti. Shopping raya sekali dengan jumpa artis kegemaran Jiha. Kebetulan shawl raya belum ada ni. Boleh beli dengan Nas Adila nanti. Hehehe. Ok lah! Korang pun jangan lepaskan peluang untuk sama sama berkunjung ke The Mines untuk membeli busana aidilfitri korang. Banyak pilihan tau. daripada baju bawak ke kasut bawak ke handbag bawak ke makeup dan perhiasan diri. Pokoknya semua di bawah 1 bumbung. Rugi kalau tak ke The Mines. 



Untuk maklumat lanjut mengenai promosi terkini, follow mereka di: