World Milk Day Bersama Dutch Lady Malaysia

Siapa dekat sini suka minum susu? Cuba komen sikit dekat bawah ni. 

Em yang suka minum susu. kita bukan geng la. Jiha tak suka minum susu. Tah kenapa dari kecik memang tak gemar la especially yang plain / white milk tu. Kalau yang coklat tu masih boleh telah lagi. Masih boleh di terima tekak. Bagi yang plain, keliling rumah Jiha berlari tak mau minum. Perangai sangat. 



Kalau tengok kan tajuk, rasanya ramai tak yang tahu susu ni ada menyambut hari istimewa mereka? Ya. Susu pun ada sambutan istimewa mereka tau. World Milk Day. Bila berlangsungnya World Milk Day ni? Setiap tahun pada 1 Jun. Dan pada setiap tahun pada tarikh ini, susu-susu di seluruh Malaysia akan diedarkan secara percuma ke orang ramai yang berada berdekatan pada waktu sarapan pagi. Tahun ni, Dutch Lady Malaysia dengan kerjasama dari im4u telah bertungkus lumus mengedarkan sarapan pagi kepada pengunjung yang brada di sekitar Times Square, Kuala Lumpur. Kebetulan Jiha pun dapat juga. Siap ada cupcake lagi uols! Memang sedap. Makan pula dengan susu coklat. Terus rasa macam kanak-kanak ribena hehehe



Paling menarik, korang juga boleh menghantarkan pesanan ringkas kepada yang tersayang bermula 26 May 2016. Dutch Lady Malaysia akan pack kan untuk korang dan send kan pesanan korang kepada orang yang korang mahukan. Memang menarik. Dalam kotak tu ada cawan yang sangat comel dan 2 kotak susu beserta kad untuk anda tuliskan pesanan anda 


Macam mana nak buat ni? Senang je. Terus ke website Dutch Lady Malaysia sekarang untuk sampaikan pesanan kesihatan anda kepada yang tersayang. 


Ayuh bersama sama kita sebarkan kebaikan dan khasiat susu untuk tubuh badan yang sihat!