Kuasai Minda Sepanjang Kehamilan Anda!

Assalamualaikum! Hai Semua. Alhamdulillah, post Jiha semalam pasal pengalaman bersalin di Hospital Az-Zahrah mendapat sambutan ramai pembaca. Sama juga dengan post pengalaman Jiha berpantang dengan Shaklee. Fuh! berpeluh tengok view rate naik mendadak. hehe. Terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke blog Jiha yang tak seberapa ni. Hihu. 




Ok, dalam entry kali ni, Jiha nak kongsikan dengan korang macam mana jiha manipulate minda Jiha seawal kehamilan supaya lebih tenang menjelang hari bersalin. Actually tips ni sangat mudah & Jiha dah pernah kongsikan sebelum ni dalam page Facebook Kelab Ibu Mengandung. Tapi hari ni Jiha akan kongsikan lagi sekali untuk tatapan anda yang mungkin belum pernah baca post tu. 




Sebenarnya, perasaan dan tingkah laku kita adalah result daripada apa yang kita fikirkan. Misalkata kita nak jadi postif dan kita sentiasa fikir "aku nak jadi positif"; dah tentu kita akan berkelakuan positif. Sama juga bila lapar nak makan apa. Selalunya dari jauh kita dah fikir "oh hari ni aku nak makan pizzza" contohnya, of course korang akan cari kedai pizza, bukan kedai tomyam. Betulkan? Jadi, apa yang kita fikirkan, adalah signal untuk kelakuan dan perasaan kita. Ingat, apa sahaja bermula dari fikiran. Kita yang control fikiran kita, bukan jiran sebelah rumah. Sama juga situasinya di sini yang mana otak kita perlu menghantar signal kepada hati supaya ia bertindak sejajar dengan apa yang kita fikirkan. So, Jiha hanya ada 5 langkah yang Jiha selalu guna & amalkan. Apa kesan dia? Jiha akan cerita dekat bawah nanti. 

Langkah 1: Setiap malam WAJIB bersembang dengan anak dalam perut. Dia sebenarnya dah dengar kita & rasa sentuhan kita. Berikan dia lebih pendekatan dengan sentuhan. 

Langkah 2: Selalu cakap dengan dia, "Sayang, ibu harap awak sihat-sihat je dalam tu. Kita jumpa week 38 nanti ok?"

Langkah 3: Pesan dekat dia, "Sayang, ibu harap, sebelum dan selepas kelahiran awak nanti, tak akan banyak masalah berlaku. Awak akan lahir secara normal. Semua akan berjalan dengan baik. InsyaAllah"

Langkah 4: Pesan dekat dia, "Sayang, kita jangan lama-lama dalam labour room tau? Ayah mesti tak sabar nak jumpa kita. Kita buat cepat-cepat then kita keluar ok?"

Langkah 5: Pesan dekat diri sendiri, "by the time anak aku lahir, susu badan aku akan cukup banyak untuk keperluan dia. InsyaAllah"

Siap! Kan Jiha cakap tadi, ada 5 langkah je. Dan result dia apa?

- Alhamdulillah, anak Jiha tak banyak masalah sepanjang pregnancy. Week 30 dia dah duduk dalam keadaan bersedia untuk keluar
- Jiha bersalin betul betul dalam week 38 tanpa ada masalah tumpah darah atau perkara lain. 
- Jiha duduk dalam labour room kurang dari 3 jam. Siap boleh tidur lena lagi sejam sementara tunggu bukaan cecah 8cm :")
- Anak Jiha lahir secara normal dengan 3 kali push, Alhamdulillah. 
- Susu badan jiha keluar sebaik sahaja anak lekapkan mulut dia di badan Jiha. 

See? Mudah kan nak menangi & kawal keadaan dengan mengawal minda? Sedari awal kehamilan, 5 perkara ni Jiha selalu cakap dekat diri sendiri & anak, selalu motivate anak dari dalam perut dan of course diri Jiha sendiri dan result dia, Jiha dapat SEMUA yang Jiha nak. Motivasi ni seolah doa. Allah mendengar doa Jiha dan di makbulkan kesemua. Maka lahirlah si gendut ni ke muka bumi tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. 1 perjalanan yang sungguh nikmat. Badan dia yang panas keluar dari badan seorang ibu yang berhempas pulas separuh nyawa. Tangisan dia, Allahu, sungguh membuatkan jiwa ni tak menyesal menghadap 1 bulan penuh seksa kerana morning sickness. Dan benarlah, nikmat Allah yang mana lagi Jiha mahu dustakan?



Jadi mommies di luar sana, mulai hari ni berhenti fikir "kalau apa-apa jadi dekat aku nanti macam mana?". Please!! Kita kena motivate diri kearah positif. Jiha selalu pesan ke kawan-kawan, please, enjoy pregnancy ni. Nanti korang akan rindu anak tu masa dia dalam perut. Kalau awak sentiasa fikir anything will happen masa bersalin nanti, ia akan jadi seperti yang awak fikirkan. Sakit yang awak fikirkan, maka sakit yang tak terhingga lah yang awak dapat. Susah melahirkan yang awak takutkan, maka susah lah nanti anak tu nak keluar dengan lancar. Ibu-ibu, anak kita sedari dalam kandungan hanya bergantung pada kita sebagai pelindung. Lindungilah jiwa dia dengan menyemai aura yang baik. So nanti bila dia keluar, dia akan menjadi seperti yang jiwa ibunya mahukan. Ingat, anak-anak ni kain putih, sebenarnya dari dalam perut kita dah kena didik dia dengan berkomunikasi. Jadi, sentiasa berkomunikasi dengan bayi anda, ok?




Ok lah, rasanya tu je kot yang Jiha nak kongsikan dengan korang malam ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat. InsyaAllah. Jiha doakan semoga ibu-ibu yang bakal melahirkan dipermudahkan urusannya.Ingat, jangan sulitkan keadaan dengan minda yang kotor. Bersihkan minda dengan motivasi yang positif. All the best!