Pengalaman Bersalin di Hospital Islam Az-Zahrah.

Kalau dalam entry jiha semalam; Pengalaman Berpantang bersama Shaklee , Jiha dah ceritakan produk apa yang Jiha gunakan sepanjang proses healing selepas bersalin and Jiha ada mention pasal Hospital Islam Az-Zahrah. So dalam entry kali ni, Jiha nak share dengan korang pengalaman Jiha bersalinkan anak sulung Jiha, Muhammad Fa'eq di Hospital Islam Az-Zahrah. Mommies yang memang bernawaitu nak bersalin di private hospital area Bangi, please read this ok?



So basically, Jiha ada last appointment dengan Doktor Noraini, I should say dia paling senior dan famous di hospital ni. So macam biasa lah, masa appointment doktor akan tanya ada apa apa masalah ke dan sebagainya. So as usual, Jiha ceritakan dekat dia apa yang berlaku jumaat lepas and all. Baby mengeras sepanjang hari. Lepas tu the next day tu jiha sakit perut macam sengugut tapi really mild and bearable. So, lepas dia dah dengar semua tu, as usual dia nak scan dulu nak tengok keadaan baby. Since dalam perut Muhammad Fa'eq memang anak yang baik. Dari week 30 dia dah dalam posisi kepala ke bawah and dah sedikit menurun. Menandakan dia dah ready nak jumpa mummy & papa dia. So masa scan dengan Doktor Noraini pada 21 February 2017, doktor cakap baby memang dah dalam posisi untuk bersalin and everything dalam keadaan normal. Kemudian doktor cakap dia nak check laluan. Sebab Jiha ada bagi tahu dia pasal baby mengeras sepanjang hari and all. So dia nak 'seluk' untuk check laluan. Betapa softnya Doktor Noraini ni sampai kita rasa sangat selesa. Dia mulakan everything dengan Bismillah & selalu minta kita bertenang. Eventually, Jiha sangat bertenang tapi kejap je sebab lepas tu Doktor Noraini cakap laluan dah buka sebanyak 2cm (GULP). Dia bagi option sama ada nak terus check-in ward / nak balik dulu dan datang keesokan harinya. Oh untuk pengetahuan korang, system di hospital ni adalah 12am-12am. Makna kata, kalau nak masuk, baik masuk hari baru. Sebab dalam pakej cuma 2 hari 1 malam. So kalau masuk dah tengah hari / petang, kiranya korang rugi 1 hari. So kami husband and wife decide nak masuk the next day which, kami akan datang balik pukul 1 pagi nanti. 


Basically, macam ni lah keadaan bilik pesakit

So hari berjalan seperti biasa. Balik dari hospital, inform dekat parents both family akan admit malam ni and minta dorang ready and all. Husband pergi kerja sekejap and dia balik petang tu lepas asar sebab Jiha mintak teman beli air zam-zam and ubat sembelit. (P/S: mommy to be, please sediakan ubat sembelit sebelum masuk hospital sebab lepas bersalin CONFIRM akan sembelit). Hari berjalan seperti biasa sehinggalah jam 12.30 malam. kami bersiap nak ke hospital. Untuk mengelakkan kami kelaparan tengah malam so kami decide nak makan dulu dekat kedai belakang hospital. Usai makan, kami pun check-in. As usual, procedure dia check nama, timbang, and masuk bilik. OK di Az-Zahrah husband boleh menginap sama ya dalam bilik tu walaupun korang sharing tapi PLEASE make sure korang bawak tilam, selimut & bantal extra. Nurse datang pasang CTG untuk check if ada sebarang contraction. Masa tu masih tenang. Tak ada sebarang contraction sehingga subuh, nurse datang bawakan ubat untuk cuci usus & drip induce. Masih tenang keadaan sehingga jam menunjukkan angka 12.30 tengah hari. Masa tu contraction makin intense. Sampai mintak nurse check kan kalau jalan berganjak tak dari 2cm tadi. Malangnya, masih sama. Agak hampa. So Jiha tenangkan diri sekejap sambil berdoa lepas bangun at least berganjak ke 3cm. So lepas tu Doktor Noraini datang untuk check. Dia cakap dah 3cm dan dia akan pecahkan air ketuban. Apa rasa air ketuban pecan? Tak ada apa. Terasa macam kencing tapi hangat. Bermula saat tu, nak kencing pun kena masukkan tube kedalam. Makna kata, Jiha kencing atas katil je. Best dia nurse sana, waimah Jiha ni sat-sat kencing, dorang ni layankan je. Memang selesa sangat-sangat. Azan Zohor, contraction makin menggila. Rasa nak sepak je muka sesiapa yang bercakap. Tiba-tiba nurse masuk dan cakap,"puan ready ya. Labour room dah kosong. So kita akan tolak puan kejap lagi ya. Siap-siap amik Wudu' la kalau tak nak turun katil nanti". So Jiha bersedia untuk dibawa ke labour room. 

Dalam labour room, perkara pertama yang Jiha dengar adalah alunan suci Al-Quran yang mendayu-dayu. Bayangkan? Nak rasa marah sebab contraction bertukar kepada linangan air mata sambil merayu dekat suami, nak ubat tahan sakit (bukan epidural ok). Lepas nurse inject dekat buntut, 10 minit kemudian Jiha lena. Tak sedar apa dan bangun semula pada jam 3.15 petang. Masa tu perkara pertama Jiha nak buat adalah nak kentut (zzzzz) kemudia nurse cakap tunggu dulu. Dia nak check. Masa dia cakap laluan dah buka 8cm, Jiha terfikir, eh bila masa contraction? Tiba-tiba dah 8cm. WOW! Kemudian nurse tolong 'bukakan jalan' dengan 'mengorek' sedikit. So masa tu dah jadi 9cm. Tapi Jiha really nak berak. Beserta contraction, Jiha masa tu confuse nak berak / nak meneran. Kemudia nurse cakap "saya dah sediakan alas untuk puan berak ya. Puan berak dulu ok?". Masa tu Jiha memang meneran. Tak pasti bila masa keluar berak tapi nurse cakap "ok kita dah basuh ya najis puan". Dan tak lama lepas tu, memang terasa sangat-sangat nak meneran. Dan masa tu juga doktor masuk. Dia check, dah 10cm. Alhamdulillah. Perkara pertama dia buat adalah baca doa & pesan dekat Jiha, "Najihah, kita buat 3 kali teran je ya. Ikut cakap saya tau". Masa tu tak tau la boleh digest ke tak. Tapi Jiha memang nak meneran sangat-sangat. Dan bila semua dah bersedia, doktor dah amik posisi, Jiha mula meneran untuk setiap kali rasa contraction. Teran sehabis mungkin. Dan habis je meneran, seluruh badan menggeletar macam baru lepas kena renjatan letrik. Nurse dan doktor tak putus putus bacakan doa dan bagi semangat. Suami dekat sebelah bisik "awak boleh sayang. Sikit je lagi b". Contraction datang lagi. Jiha teran lagi, dan doktor kata kepala baby dah keluar. Hold kejap. Serious nak putus nyawa masa tu. Contraction datang lagi. Kali ni memang betul-betul kuat sebab bahu baby nak keluar kan. Then kali seterusnya teran, Jiha dah dengar baby menangis and panas atas badan jiha. Jiha usap baby dan sebelum baby masuk ke nursery, dia datang sebelah bawakkan baby untuk kenal pasti jantina & tanya sama ada nak susu tepung / breast feeding. 


Keadaan di kawasan nursery. Bilik Jiha bebetul sebelah nursery ni. 

Selesai semua jahitan dan dah di pakaikan pad, Doktor Noraini datang dekat dan cakap Alhamdulillah sambil ucapkan tahniah. Paling mengharukan bila dapat kucupan dan pelukan dari seorang stranger tetapi dia dah berjasa kepada diri kita dan anak kita. Terasa lembut. Macam dalam dakapan seorang ibu. Jiha disorong masuk kedalam bilik. Family semua dah ada dekat sana. Baby pun dah dibawa ke dalam bilik kami. Jiha diajar oleh nurse untuk susukan anak macam mana. Dia keep on ajar sampai anak betul-betul suck niple tu then dia tinggalkan kami untuk ada baby-mommy session. Really helpful. Tak kira lagi macam mana malam tu dok tekan buzz untuk mintak tukar pampers la, anak terkeluar air dekat hidung la, nak slowkan aircond la, itu la ini la. Nurse dekat Hospital Az-Zahrah really helpful. Terima kasih dari keluarga kecil kami! 


Buat Doktor Noraini, kalau doktor sedang membaca nukilan ni, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana membantu saya sehingga putera saya selamat dilahirkan. Sokongan dan motivasi dari doktor amat saya hargai. 

Kalau korang pening nak pilih doktor mana yang sesuai, Doktor Noraini is THE BEST! InsyaAllah perjalanan proses kelahiran korang akan lebih selesa. Aamiin. So itu lah antara pengalaman Jiha bersalin di Hospital Az-Zahrah. Semoga bermanfaat untuk anda yang sedang mencari-cari lokasi bersalin. InsyaAllah harga mampu milik. Masa Jiha hari tu, total semua sekali RM2500 je. Masih mampu milik la dengarnya kan? Korang pun boleh juga. Lekas book katil korang. Deposite serendah RM300. Semoga semua mommies yang sedang membaca ni dipermudahkan proses melahirkan khalifah Allah. Aamin. GOOD LUCK!