Duo Scarf, Berikan Kelainan.

Assalamualaikum!

Sebelum tu, cantik tak tudung yang Jiha pakai ni? Cepat puji! Hahaha


Oklah. Rasanya sekarang ni memang dah jadi trend juga sebenarnya tudung yang bercorak pastel. Sebab tudung bercorak dan berwarna pastel ni memang padan dengan apa jenis baju pun. Sama ada baju untuk ke pejabat atau kasual. Semua sesuai. Dan Jiha perasan juga sebenarnya dah ada beberapa brand di Malaysia ni yang menghasilkan tudung bercorak dan berwarna pastel & Jiha yakin, makin banyak  dan semakin berkembang pattern tudung sebegini. 


Alang-alang dah cerita pasal tudung corak / warna pastel ni, Jiha nak kenalkan dekat korang 1 jenama baru yang juga mempertaruhkan idea baru serta segar didalam industri fashion Malaysia. Duo Scarf by Saedi Ideas. Sebenarnya, Saedi Ideas ni adalah sebuah anak syarikat kepada industri percetakan yang dah memang lama bertapak di Malaysia. Daripada penghasilan langsir bermutu tinggi sehingga hiasan rumah yang menarik hati, dorang kini mengubah sedikit haluan dan menceburi dunia fashion muslimah. Dengan mendapat inspirasi dari Eropah, Saedi Ideas telah menghasilkan koleksi Duo Scarf yang berlatarbelakangkan bangunan bersejarah yang terkenal di negara-negara Eropah. 

Tapi itu mungkin tak menarik minat anda, bukan? Kerana ada yang lebih menarik mengenai Duo Scarf ni yang perlu anda tahu. Yang membezakan Duo Scarf ni dari yang lain adalah konsep 2 muka. Apa tu 2 muka? Haaa Duo Scarf ni ada 2 design berlainan dalam 1 tudung. Makna kata, anda boleh menggayakan Duo Scarf dalam 2 rekaan. So nanti tak de la orang cakap anda pakai tudung yang sama je selalu sebab anda boleh adjust permukaan tudung tu mengikut corak yang anda nak. Menarik kan? Sebab tu nama dia Duo Scarf. 

Selain daripada tu, kualiti kain Duo Scarf yang digunakan juga memang sangat berkualiti! Duo Scarf diperbuat daripada satin silk yang sangat selesa. Bila pakai tu senang sangat nak adjust. Yang paling penting, ni khusus untuk yang jenis pemalas / selalu nak cepat, Duo scarf ni tak mudah renyuk. So kalau baru angkat dari ampaian tu, boleh terus letak atas kepala ok. Senang nak adjust. Sesuai sangat jenis kain ni untuk wanita yang sentiasa pentingkan masa. 


Bukan tu je tau! Dengan setiap pembelian Duo Scarf, korang akan dapat 1 bag berpadanan dengan corak tudung yang korang beli. So dalam 1 harga, dapat 2 barang. Menarik kan? Of course! Bag yang diberikan sekali dengan Duo Scarf tu kalis air. So kalau korang nak bawak pergi pasar or berjalan, jangan risau. Corak dekat atas bag tu takkan pudar sebab dia kalis air. Korang boleh basuh kalau kotor. 

Mesti korang dah excited nak tau macam mana nak dapatkan Duo Scarf ni lepas tengok Jiha pose dekat atas tu kan? Sabar! Jiha akan share kan dengan korang. Boleh la korang borong untuk raya ni. Raya pun dah dekat. Pakai la biar matchy matchy dengan family. Ok, pembelian Duo Scarf boleh dilakukan melalui 11street. Mudah kan? Korang boleh pilih nak design mana sebab mereka ada 8 design berbeza dengan harga cuma RM180! Murah tau! Rugi kalau tak dapatkan 1 untuk diri sendiri. Jangan tunggu lagi!! Lekas serbu 11street dan dapatkan Duo Scarf korang hari ni sebelum sold out!