Perrier, Kesegaran Semulajadi

Assalamualaikum. 

Pernah tak korang terfikir apa sebenarnya nikmat minum? Selain melepaskan dahaga? Pernah tak? Contohnya macam, minum sebab ada khasiat dalam air tu. Or minum sebab air tu satu satunya air yang betul-betul refreshing. Pernah tak? 

Jiha pernah. Bila Jiha minum Perrier. Haaaa french sangat kan? Minum dikala panas merembang. Dengan sensasi lemon, betul-betul buat Jiha nak berterima kasih pada mother nature. 

 

Apa benda Perrier ni? Laaa. Lupa pulak Jiha nak share dengan korang. Dok kalut sembang sedapnya menikmati Perrier yang sejuk membasahi tekak. 

 

Oklah! Rasanya lepas tengok gambar, korang mesti cakap 'ohhh! Pernah tengok ni'. Confirm. Sebab apa? Sebab Perrier memang dah lama ada dekat Malaysia. Cuma ada sesetengah tu tak perasan or tak terasa nak mencuba. Maybe korang rasa, mahal? Or tak halal? Sebab bentuk botol dia lain dari air yang lain. Betul? Jiha pun mula-mula nampak Perrier ni cuak juga nak cuba. Tapi sekali dah cuba...KAU SABARKEJAP! 

 

 

Perrier ni adalah air sparkling semulajadi yang rendah bikarbonat & sodium. Disebabkan faktor ni, mereka boleh dicampurkan dengan apa jua campuran seperti jus buah-buahan / sirap / bandung / dan sebagainya tanpa merosakkan rasa asal campuran berkenaan. Korang nak add on dalam Ribena also can! Selain dari tu, orang yang berpenyakit / orang tua pun boleh minum. Sebab gas dia sangat-sangat rendah. Bukan macam korang minum air bergas lain. 

 

 
Kalau korang semua nak tahu, ni masuk sejarah sikit eh, Perrier ni sebenarnya dah ada lamaaaa dah. Zaman dulu, Perrier adalah minuman rasmi bagi Kerabat Diraja England. Dan sampai ke hari ini, Perrier masih mengekalkan status & rasa kemewahan yang sama macam zaman dulu. Botol dia pun kalau korang nampak, sangat eksklusif. Dari dulu tau mereka menggunakan botol & bentuk botol yang sama sebab mereka memghormati tradisi Perrier. So bila korang nampak botol bentuk tirus dihujung dan bulat di bawah yang bewarna emerald green, korang tahu, itu Perrier. 

 

Mesti ada yang tanya tengah ke-halal-an Perrier. Ok. Air Perrier ni adalah HALAL. Bergantung pada campuran yang korang add on dalam Perrier ni. Kalau takat campur dengan Ribena, Sirap dan yang sewaktu denganny, maka, Halal la. Yang jadi tak Halal tu bila korang add on alkohol. Perrier ni sebenarnya air mineral water biasa yang ada sparkling. Tapi ada perisa Lemon / Lime. Untuk yang tak suka dengan rasa masam, boleh minum yang original. Ok? So jangan risau. Semuaaaa orang boleh nikmati Perrier ni. Dan Perrier ni boleh didapati dalam bentuk tin / botol. 

 

 

Dah sembang banyak ni, korang nak tak Jiha share resipi mudah nak minum Perrier untuk buka puasa petang ni? Nak? Ok salin dekat bawah ni ok?

Ribena Gembira Kebabom! 

Untuk 3-4 orang minum: 
1. 10 sudu besar Ribena
2. 1 tin laici 
3. 1 botol Perrier (original)
4. perahan lemon
5. Ais

Cara-cara:
 
Masukkan kesemua bahan kedalam jug. Kacau sebati. Kalau nak maniskan boleh tambah Ribena / gula. Tapi pesanan Jiha, gula penyebab diabetis. Sayangilah kaki anda. 

Selamat ber-Perrier!