Rahsia Jiha Untuk Badan Lebih Selesa Sepanjang Postpartum Period.

Assalamualaikum! 

Ha..pakat mai dekat-dekat ibu-ibu yang sedang hamil, bakal melahirkan atau yang dah memang melahirkan. Hari ni, Jiha nak kongsi 1 rahsia yang ramai orang tak tahu tapi Jiha decide untuk share dengan semua orang. 

Ada tak antara ibu-ibu yang ada masalah mencari bengkung yang sedap? Bra yang selesa dipakai seharian tanpa rasa lemas? Tak ada? Ok, ibu-ibu sedang membaca artikel yang betul. Ok, Jiha pun sebenarnya selama ni susah nau nak cari bra yang selesa & support. Almaklumlah semenjak dah ada anak ni, mana boleh pakai yang biasa kan. Kena pakai yang sesuai untuk menyusukan anak. Mostly yang Jiha pakai setakat ni buat jadi, labuh. Faham tak 'labuh' tu apa? Your asset, dia tak jadi nak firm sangat sebab sedia kita semua tahu, bra menyusu memang tak ada besi untuk support our breast. Betul? Dah tu pulak kita semua ada lemak dekat sebelah breast tu kan? Kalau pakai bra menyusu yang biasa, confirm tak nampak firm. Nampak la benjolan lemak korang tu. So Jiha memang segan la nak pakai baju yang sedang-sedang elok je. Confirm la nanti nampak lemak tu. Tapi nasib baik, one of my kawan Blogger, Arisa Chow, kenalkan Jiha dengan Bmama. 


Ok, first sekali, Jiha nak share dulu Bmama ni apa. Basically, Bmama adalah sebuah kedai pakaian untuk ibu-ibu yang memang lengkap la. Daripada bengkung, kepada bra, kepada baju kasual, seluar. Ibu-ibu yang ada masalah sakit pinggang dan memerlukan supporter sepanjang kehamilan, jangan risau Bmama ada sediakan untuk anda. Jiha pun terkejut bendalah tu ada dekat Malaysia. Selalu nampak omputih je pakai. So next time, dah tahu la nak dapatkan dari mana. Macam mana bentuk supporter tu? Macam ni ha



Not only that, kalau korang teringinnnnn sangat nak photoshoot maternity, datang je Bmama. Dorang ada spot untuk ibu-ibu amik gambar dengan baby bump! (kalau tahu ada, dah angkut fa'eq masa dia dalam perut). 

So, apa yang best pasal Bmama ni? Jiha suka bengkung dia. Ok Jiha ada 3 item yang Jiha dapat dari Bmama. Bengkung, and 2 breastfeeding bra. Now Jiha nak cerita pasal bengkung je dulu. Kenapa Jiha fall in love dengan bengkung dia? hmm 


Bengkung Bmama ni memang panjang. So korang yang gain weight TERbanyak masa pregnant, jangan risau. Confirm cover. Lepas tu material dia. Ini paling best. Kalau normal bengkung, dia panas. And korang akan rasa merengga betul kalau pakai. Sebab material dia panas. Bengkung Bmama ni, dia diperbuat dari cotton. So sepanjang Jiha dah pakai ni, Jiha tak pernah rasa gatal / terlalu panas. Memang selesa. Kalau korang tanya cotton jenis apa, Jiha would say, yang paling comfort. Ni tak bohong. Lepas tu dia punya strip, tak sakit. Biasanya kalau pakai bengkung yang jenis zipzap ni, kau sabar jap kalau kena kulit. Pedih. Yang ni tak ok! Sangat selesa. 


Bukan tu je. Paling best best best! (amek kausss sampai 3 kali) pasal bengkung Bmama ni adalah dia bantu Jiha tegakkan posture badan. Means, bila pakai, confirm nak duduk tegak. Kita semua ni tua sebelum usia. Duduk membongkok je. Walaupun material bengkung Bmama ni adalah cotton, dia bantu Jiha duduk tegak. Dan dalam masa yang sama, perut tak la menggelebeh. Agitteww. 


So kalau korang tanya berapa star nak bagi bengkung Bmama? Jiha bagi 4! Eh kata suka, kenapa 4 je? Sebab dia warna putih :"( . Kalau warna hitam dah bagi 5 dah. Ya bengkung dia buat masa ni hanya ada putih sahaja. Tapi jangan risau, senang di basuh. Jiha dah pakai 2-3 minggu tak basuh lagi, masih putih dan tak kotor. Sungguh. Kalau tak percaya boleh tengok review Jiha dekat sini

Sebenarnya, Jiha nak share cerita pasal bra Bmama yang best! Tapi kang sampai esok korang baca tak habis. So yang cerita bra tu, Jiha sambung dalam next entry ok? 

Untuk korang yang berminat nak tengok apa lagi yang Bmama ni ada, singgah la Bmama Maternity Facebook Page. Siap ada harga lagi. Kalau nak walk-in, boleh terus ke Banda Manjalara, Kepong. Ala, Waze je BMAMA, confirm sampai. So, have fun! Jiha dah share rahsia Jiha dengan korang. Korang jangan lupa share dengan orang lain juga ok?