Sireh, Redakan Kahak Bayi Anda!

Assalamualaikum semua!!

Ni nak tanya ni, mak-mak mana yang tak risau kalau anak dia tak sihat? Jenis tak ambil peduli anak dia nak telangkup sekali pun? Ada ke? Of course lah tak ada. Omg!!! Anak kita batuk non-stop pun kita dah kalut gasak laki kita nak pi klinik tengok wat laaa budak ni kan? Tapi kadang tu Jiha tengok ubat hospital agak makan masa nak membantu dalam proses penyembuhan. Almaklumlah dosage untuk baby kan sangat rendah. Jadinya process healing tu agak perlahan ya ibu-ibu. Tapi! Haaa hari ni Jiha nak kongsikan dengan ibu-ibu di luar sana macam mana hanya dengan menggunakan daun sireh, boleh membantu melegakan kahak bayi anda. Nak tahu? Kena teruskan membaca. Ok?

Ok! Basically bahan-bahan yang di perlukan tak banyak. Cuma dauh sireh & Vics untuk baby tu. Jangan silap beli ya ibu ayah. Vics untuk baby memang ada. So kalau masuk farmasi tu tanya je mana bentuk vicks tu sebenarnya. 

Ha macam ni la dia bentuk vicks baby. Bau dia pun wangi dan tak strong macam orang dewasa punya. Kemudian amik kualii yang korang dah bersihkan dari sebarang sisa minyak then korang panaskan atas api. 

Simple kan? bila kuali dah cukup panas, tutup api dan letakkan 2 helai daun sireh atas kuali panas tadi 


Layurkan sampai dia nampak sedikit layu. Lepas tu terbalik kan untuk layurkan the other side. Sama juga, sampai sedikit layu then angkat. Ingat, jangan masa panas-panas tu korang tepek atas baby. Melalak la budak tu! Then amik Vicks then sapu atas daun sireh. 



Follow je steps dalam video tu. Actually Jiha pun noob juga tapi as mother Jiha tak ralat nak mencuba. Sebab pagi ni, Fa'eq bangun, dah tak ada bunyi kahak! YEY!!! Dia pun dah tak batuk beriya sampai keluar air mata. Alhamdulillah! Rasa bersyukur sangat! Thanks kepada abang kita sebab di yang ajarkan. Almaklumlah, kita kan first time mom. ahgitteww. 

Ok! Jiha harap tips ni berkesan untuk bayi ibu-ibu semua! Share-share kan ya! Semoga bermanfaat.