Takpe Ke Bagi Anak Susu Formula?

Assalamualaikum! 

Hari ni rasanya macam tak nak bercakap pasal product. Or maybe akan selit sikit πŸ€”. Alright. Bila tengok balik dalam FB wall jiha, ramai yang update mereka akan dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah. Yang mana belum, tak apa. Nanti next entry Jiha nak share beberapa tips yang mungkin sesuai untuk korang apply. InsyaAllah. Sejenak Jiha terfikir, perasaan gembira masa mula mula dulu di khabarkan sudah berbadan dua. Rasanya masa tu, ya Allah, indah sangat. Lagi indah daripada nak buat persiapan nak kahwin. Mana tidaknya? Kita membawa 1 lagi nyawa yang dalam masa 9 bulan akan datang, bakal berada dalam pelukan hangat kita. Sangat teruja, betul kan? Tapi dalam masa yang sama, Jiha fikir juga, akankah ini pengalaman terakhir aku mengandungkan insan dari benih ku sendiri? Of course perasaan takut tu tetap ada. Apa tidaknya, melahirkan ni ibarat nyawa di hujung tandung. Segalanya di pertaruhkan. Sakit penat, ya Allah. Tuhan je yang tahu. Tapi tu semua mind set jahat! Jangan fikir sangat. Fikir keterujaan sepanjang 9 bulan tu insyaAllah tak ada apa yang perlu dirisaukan. 

Bila dah melahirkan, another process bermula. Penyusuan. Kita semua teringin nak berikan anak kita susu badan secara exclusive. Betul? Menyusukan anak sampai umur 2 tahun tu rasanya idaman setiap mak-mak. Tapi ada mak-mak ni tak diberikan rezeki yang panjang untuk menyusukan baby. Paling kesian, ibu-ibu ini bahkan dikecam kerana tidak mengasihani anak mereka kerana telah memberikan susu formula seawal 1 bulan. Memang sedih kan? So hari ni Jiha nak kongsikan sendiri pengalaman Jiha sebagai ibu yang memberikan susu badan & dalam masa yang sama topup juga susu formula. Semoga entry ini bermanfaat, InsyaAllah. 

Alhamdulillah, Jiha dikurniakan bayi lelaki tahun ni. Rasanya ramai ibu di luar sana tahu, anak lelaki ni memang kuat makan. Setiap sejam kalau boleh dia mak makan. Dan sebagai seorang ibu, takkan kita nak biarkan anak kita kelaparan, betul? So, masa awal-awal kelahiran, Jiha rasa susu badan cukup. Tapi makin lama, makin kerap dia nak menyusu, Jiha rasa macam makin tak sempat. Makin dia tak puas. Of course Jiha ada amalkan milk booster & urut untuk bagi susu banyak. Tapi tetap susu tak banyak. Dalam erti kata lain, anak tetap tak puas. Dah dia menangis apa semua, kita pun kesian, bagi la dia susu bancuh. Dan macam biasa la. Ada la yang berbunyi cakap: 

Eii pemalasnya bagi susu formula. Kesian anak.

Anak dia mesti selalu sakit nanti sebab bagi susu tepung

Mak modern memang pemalas eh nak bagi susu badan?

Baby yang sihat selalunya yang minum susu badan sahaja. Just so you know

πŸ™„Hari ni, Jiha nak share dengan korang bahawasanya, IT'S OK / TAK ADA MASALAH APA PUN kalau bagi anak korang susu formula. Tak ada dalam mana mana perundangan mengatakan korang WAJIB berikan susu badan sampai umur anak 2 tahun. Ada segelintir ibu yang tegar breastfeed keep on tekankan 'wajib' bagi anak-anak susu badan secara exclusive sampai dalam masa sama memberikan tekanan untuk mak-mak yang mungkin sedikit kurang rezeki susu badan. Tak salah sebenarnya nak mencuba alternatif lain seperti milk booster & urutan. Itu adalah salah 1 usaha. Jika selebihnya masih sama, jangan biarkan anak anda kelaparan sampai tak lena tidur dia. Berikan saja apa yang terdaya untuk kekalkan anak kita kenyang & selesa. Rasa bersalah sebab bagi susu formula? DON'T BE! Ingat, setiap anak berbeza keperluan mereka. Jangan samakan anak & diri anda dengan orang lain. Itu bahkan membuatkan korang bertambah stress untuk kekalkan susuan badan secara exclusive. 

Jiha sendiri alami apa yang Jiha sebutkan di atas tadi. Stress sebab anak tak kenyang dengan susu badan. Tidur kejap sangat then bangun sebab tak selesa sebab tak kenyang. Rasa bersalah pada dia sebab dia tak kenyang tu sebenarnya melebihi rasa bersalah sebab bagi susu formul. Pada Jiha, anak tu lebih penting. Tapi make sure korang bagi susu formula yang betul. Makna kata, sebelum nak bagi anak susu formula, pastikan korang tahu kalau anak korang ada sebarang alahan. Sebelum nak beli susu formula, make sure korang baca label dulu. Dan sesuaikan dengan keperluan anak-anak. Masa mula-mula beli, mulakan dengan tin kecil. Sebab, misalkata kalau tak sesuai, tak lah membazir sangat nak tukar lain. 

Macam mana nak tahu bayi kita sesuai / tak dengan susu formula? 

Mulakan dengan dos rendah. Maybe korang boleh mulakan dengan bagi 1-2 sudu dulu. Kemudian tengok, kalau bayi korang tak sembelit,  najis tak berbuih, atau naik kemerahan sebaik sahaja minum susu tu, makna kata, susu tu sesuai. Tapi kalau sebaliknya, STOP! Cari susu lain. Iya! Belikan susu untuk anak ni macam main jigsaw puzzle. Peraduan teka & menang. Nampak susah tapi, insyaAllah dalam beratus jenama, pasti akan ada 1-2 susu yang sesuai dengan bayi korang. 

Ada beberapa orang personal message Jiha, Jiha bagi anak Jiha susu apa. As for now yang PALING sesuai dengan anak Jiha is Snow Brand. As Hospital Az-Zahrah sendiri recommend kan yang itu. Sampai dah 4 bulan ni, Alhamdulillah tak pernah ada alahan / sembelit. Maybe korang yang masih mencari tu boleh cuba brand ni. πŸ€—

Point PENTING! 

Dah buatkan susu anak tu, misal kata dia tak habis menyusu, jangan terus basuh. Susu formula tahan 2jam selewatnya. So kalau dia terjaga within this hour, boleh la bagi lagi. Dan tak lah membazir. Jangan pulak korang bagi susu dah basi. Kang cirit birit pulak budak tu. Macam mana nak tau dah basi? Susu tu dah lebih dari 3 jam, consider lah ia dah basi. Kalau berketul? ITU CONFIRM BASI DIK! Jangan sesekali bagi anak korang susu yang dah berketul please 😰 Dari pembacaan Jiha, susu formula yang terbaik adalah dalam lingkungan 2jam. Maybe kalau extend pun dalam 2.5jam. Kalau lebih, jangan ralat untuk buat lain. Anak kita nak 'pakai' lama kan? So, buat je yang baru. 

So, tu la antara perkongsian Jiha mengenai susu formul. Mula-mula memang sakit jiwa juga la layankan orang sekeliling bercakap. Nasib baik family support. So, rasa bersalah tu lama-lama bertukar jadi 'mind your own business please?' Gitteww. So ibu yang baru melahirkan yang mungkin ada masalah sama dengan Jiha, please! Jangan rasa sedih sangat kalau susu badan tak banyak. Tak berdosa pun tak bagi anak susu badan secara exclusive. Yang penting sentiasa pastukan nutrisi anak terjaga. The rest, all good to go! 

Semoga perkongsian Jiha ni memberi sedikit sebanyak semangat pada ibu-ibu yang mix kan susu macam Jiha ni untuk teruskan penyusuan walaupun tak exclusive. Yang penting, NAWAITU kita, nak anak kita sihat. InsyaAllah di permudahkan.