Lanafira, Gaya Terkini Muslimah Modern.

Assalamualaikum!

Haaa dah lama rasanya tak sembang pasal muslimah attire dengan korang kan? So hari ni mesti nak kena share juga sebab Jiha tau, ramai readers blog Jiha ni memang menitikberatkan fashion walaupun bertudung. Betul tak? So hari ni, Jiha akan share dengan korang sebuah online butik yang memang menyesal lah kalau korang tak singgah. memang menyesal! Without further due, ayuh!!!

Perempuan, kalau bukak almari, walaupun dah penuh baju dalam tu, dia masih cakap "ala tak ada baju lah nak pakai". Itu perempuan. Siapa geng dengan Jiha? Angguk lekas! Haa. Sekarang ni banyak je jenama yang dah terhasil bagi memastikan wanita muslimah dapat berfashion seperti orang lain. Cuma yang menjadi isu adalah sama ada selesa untuk dipakai ataupun tidak. Betul kan? Kalau jiha sendiri pun Jiha akan pilih pakaian yang selesa sebab kita seharian nak pakai baju tu. Cuba bayangkan kalau sendat atau kualiti kain yang merimaskan, maunya korang tergaru-garu macam monyet nanti. So, pemilihan pakaian bila nak berfashion kenalah betul dari segi kualiti kainnya, jahitannya dan reka bentuknya. 

Korang boleh dapatkan semuaaaaa yang Jiha mention dekat atas tadi dari Lanafira. Eh apa pulak Lanafira ni kan? 


Bila nampak perkataan Lanafira tu, apa yang korang boleh bayangkan? Kalau Jiha, mula-mula nampak perkataan Lanafira, Jiha terfikir, kelembutan. Bunyi Lanafira tu lembut je kan? Apa pun yang korang bayangkan kalau selagi ia berkaitan dengan kewanitaan, keunggulan, kesucian dan yang seangkatan dengannya, YA! KORANG BETUL! Lanafira adalah sebuah clothing line yang sedang meningkat naik. Dengan koleksi pakaian yang sangat menarik! Sangat terbaru dan mengikuti perkembangan semasa, wanita, korang confirm takkan cari lain. Tapi! Sebelum Jiha proceed dengan koleksi yang boleh korang dapati dari Lanafira, why not kalau Jiha cerita sikit mengenai Lanafira ni. 


Lanafira adalah sebuah butik online yang khusus dalam pakaian muslimah yang BERKUALITI TINGGI. Bukan tu je tau! Dorang juga menawarkan service yang TERBAIK di mana korang kalau ada masalah dari segi size ke kualiti ke, korang boleh berhubung terus dengan mereka.


Bukan sahaja pakaian, Lanafira juga menyediakan perkhidmatan rundingan penampilan. Misal kata korang ada tudung warna merah, tak sure nak padankan dengan baju warna / design apa, korang cotact je Lanafira. Mereka sedia membantu sebab KITA SEMUA TAHU, online shopping ni memang rumit tau sebab tak boleh pegang, tak tahu kualiti dia macam mana dan paling penting, adakah size dia sama dengan kedai yang kita pernah beli sebelum ni? Ha itu memang masalah paling besar la bila online shopping ni. Tapi bila korang membeli dengan Lanafira, mereka akan bantu korang sampai korang dapat PERFECT MATCH yang menepati kehendak dan keperluan pakaian korang. Tak kisah lah untuk casual ataupun majlis formal, Lanafira, sedia membantu. Tak percaya, korang boleh baca di ruangan lifestyle Lanafira.


Antara koleksi yang boleh korang dapatkan dari Lanafira adalah Kebaya, Long dress dan peplum. Haaa, ni antara yang wajib ada dalam almari korang kan. Kalau bukan untuk bawak berjalan, untuk pakaian ke office mesti kena ada antara 3 ni. Kadang mood nak berpakaian ni macam-macam. Boleh moody tau kalau tak ada baju yang dalam imaginasi tu untuk dipakai. So, Lanafira ada semua yang korang mahukan. 








Jiha dah tunjuk dekat korang kan antara koleksi yang Jiha rasa, Jiha pun kena beli dan korang pun kena dapatkan juga. Now macam mana nak beli ni Jiha? Takkan nak tengok gambar je?



Hahahaha ok! Mudah je! Untuk pembelian update semasa mengenai Lanafira, korang boleh terus ke website Lanafira , Instagram Lanafira atau korang boleh personal message team Lanafira di Facebook Page mereka. Mudah je kawan-kawan! 

So, tunggu apa lagi?? LEKAS!!! DAPATKAN KOLEKSI LANAFIRA SEKARANG OR KORANG AKAN MENYESAL NANTI!